Sunday, December 05, 2010

Audrey Hepburn: Dari Hollywood Juga Ada Nilai Kemuliaan Insan.

Kita jangan terbelenggu di dalam ruang lingkup kita sendiri saja, ibarat 'katak di bawah tempurung', memilih 'menjumudkan' diri.. Akhir nya kita sendiri yang akan terlungkup, malah terlingkup dengan kecomotan wajah kita yang kita sendiri tidak sedar. Bila tidak sedar, maka kita perlu disedarkan agar tidak terus terlena, mamai, mamun dan akhir nya mengigau di malam buta (dan mungkin juga di siang hari)..


Audrey Hepburn, bintang filem Hollywood masyhur di tahun 60-7oan terkenal dengan kejelitaan nya. Namun tak ramai yang mengetahui mengenai kemuliaan akhlak nya. Hayati lah buat renungan bersama... betapa hati yang bersih, terpancar bersih nya ke wajah sebenar nya...















Masha Allah.... Tabarakallah.. For God is The Greatest.. and The Creation of Mankind by God is a Beauty Beyond Imagination...  Hayati lah... dan sedar lah hakikat insan, bahawa kemuliaan bukan datang dari orang Islam sahaja. Bahawa Allah swt itu Maha Mengasihani dan Maha Penyayang.. kita wajib menyampaikan keindahan Islam melalui keindahan pekerti kita.. kalau nilai insan yang ada dalam diri kita di pandang rendah... bagaimana kita hendak memgembangkan Islam. Amat lah ramai umat manusia yang berjiwa murni, tetapi belum menemui Islam. Mereka akan bertanya di Akhirat nanti, kenapa kita tidak menyampaikan (Tabligh) Islam kepada mereka. Apa jawab kita di hadapan Allah swt? Boleh lepaskan kita di Padang Mahsyar nanti?

No comments:

Post a Comment

DAHAGI SINGAPURA

DAHAGI SINGAPURA. KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjad...