DARAH TINGGI
Apa yang anda tidak tahu mungkin membahayakan
Penyakit Darah Tinggi sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Walaubagaimanapun, masih ramai yang mengidap penyakit ini tidak menyedarinya.
Sila buka laman web http://www.fskb.ukm.my/infodiet/Hipertensi/apa%20itu%20H.htm.
Sila buka laman web http://www.fskb.ukm.my/infodiet/Hipertensi/apa%20itu%20H.htm.
Lazimnya penyakit ini berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau gejala selama beberapa tahun. Anda merasa sihat walaupun tekanan darah anda tinggi. Ini menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
Pemantauan dan Amaran
Menjalani pemeriksaan tekanan darah 1 - 2 tahun sekali (atau lebih kerap) boleh mengesan masalah tekanan darah tinggi sebelum keadaan menjadi teruk sehingga melibatkan kerosakan organ.
Prognosis
Ada dua kemungkinan akan berlaku sekiranya seseorang itu mendapat masalah tekanan darah tinggi.
- Tiada kerosakan selanjutnya Kawalan tekanan darah yang baik boleh mengawal kerosakan organ
- Berlaku kerosakan organ sekiranya kedaan ini tidak dirawat, kerosakan organ pasti berlaku dan ini boleh berlarutan menjadikan sesebuah organ itu lemah dan gagal berfungsi.
Pencegahan
Pencegahan adalah langkah terbaik untuk mengawal tekanan darah tinggi. Berikut adalah beberapa petua yang penting untuk anda :
- Kekalkan berat badan anda . Anda perlu mengawal berat badan ke tahap yang ideal. Ini ialah kerana pertambahan berat badan berlebihan ia akan meningkatkan tekanan darah. Jadi, sekiranya anda memiliki berat badan yang berlebih, berusahalah menurunkannya dan mendapatkan julat berat badan yang ideal dan kekalkannya buat selama-lamanya.
- Amalkan tabiat makan yang baik tabiat makan yang baik akan mengurangkan risiko terhadap banyak penyakit termasuk tekanan darah tinggi.
Berikut ialah beberapa garis panduan yang perlu diikuti untuk mengamalkan tabiat makan yang baik.
- Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolesterol.
Kurangkan kandungan lemak dan minyak dalam makanan. Anda perlu mengambil sedikit sahaja lemak dalam makanan harian anda. Lemak mengandungi jumlah kalori yang berganda berbanding dengan protein dan karbohidrat. Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan lemak.- Pilih makanan yang segar .
- Guna kaedah masakan yang tidak menggunakan minyak seperti kukus atau panggang .
- Elak dari menggunakan santan terlalu banyak dan kerap.
- Buangkan kulit ayam dan lemak pada daging-daging lain.
- Berhati-hati dengan pengambilan gula dan garam. Terlalu banyak gula dan garam dalam makanan tidak baik untuk kesihatan. Sodium (dalam garam) sememangnya perlu tetapi badan hanya memerlukan jumlah yang sangat sedikit.
- Anda hanya memerlukan setengah sudu teh garam sehari, jadi elakkan daripada menggunakan terlalu banyak garam dalam masakan.
- Elakkan makanan bergaram seperti ikan masin, telur asin, cencaluk dan budu. Hadkan pengambilan anda seberapa yang boleh.
- Kurangkan pengambilan gula.
- Kurangkan memakan terlalu banyak kuih yang manis atau kek dan ais krim. Kuih tradisional mengandungi gula yang sangat tinggi.
- Kurangkan minuman bergas dan bergula.
Apa itu Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah anda biasa (normal) apabila bacaannya :
Tekanan Darah adalah = tekanan sistolik
Tekanan diastolik
Contohnya:
120 / 80mm Hg
dibaca seperti - 20 per 80
Tekanan darah anda tinggi apabila bacaannya:
Adalah melebihi 140/90mm Hg, dan kekal tinggi walaupun masa berehat.
Tanda? Tanda? Tanda? Tanda? - Darah tinggi tidak ada tanda, Cuma dikesan apabila tekanan darah diperiksa.
Komplikasi : -
- Serangan penyakit jantung .
- Angin ahmar .
- Hilang penglihatan .
- Penyakit buah pinggang .
Darah Tinggi - Apa Patut Saya Lakukan?
Anda perlu kawal tabiat makan dan kekalkan berat badan yang unggul.
- Kurangkan garam dalam makanan .
- Kurangkan lemak dan kolesterol dalam makanan .
- Kurangkan pengambilan alkohol .
- Makan ubat seperti apa yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan.
- Amalkan tabiat bersenam.
- Sentiasa tenangkan fikiran.
- Buangkan tabiat merokok.
Mengenal makanan yang mengandungi kolestrol
Jenis Lemak - Lemak 'saturated' boleh meninggikan taraf serum kolesterol dan lemak 'polyunsaturated' dan sayur-sayuran akan memberi kesan yang sebaliknya. Dengan ini tukar cara masakan yang menggunakan banyak minyak seperti menggoreng, lebihkan masak dengan cara kukus, panggang, bakar atau rebus.
Lemak Yang Tinggi Dengan Kolesterol/Lemak 'Saturated' | Lemak Yang Rendah Dengan Lemak 'Saturated' |
Butter (Mentega ) Lard (Lemak Babi ) Ghee (Minyak Sapi ) Hard Margarine (Marjerin ) Tallow/Mutton/Chicken Fat Cream (Kerim ) Coconut oil (Minyak Kelapa ) Coconut milk (Santan ) Egg yolk (Kuning Telor ) | Corn oil (Minyak Jagung ) Soya bean oil (Minyak Kacang Soya) Sunflower oil (Minyak Bunga Matahari) Peanut oil (Minyak Kacang) Olive oil (Minyak Zaitun ) Palm oil (Minyak Kelapa Sawit ) Polyunsaturated margarine (Majerin 'Polyunasaturated') Salad cream/mayonnaise made from vegetable oil (Kerim Salad/Mayonaise daripada minyak sayuran) |
Jenis Makanan - Kolesterol mg/100 gm
Rendang hati 215.0 mg . Mee goreng Mamak 159.4 . Dosai + Telor 84.8 . Sambal udang 79.0 . Kueh Teow goreng dengan kerang 64.8 . Lup Cheong 55.8 Sate54.8. Nasi goreng Cina 47.7. Kari daging kambing 46.8 . Pau Cina - Besar 46.3 Pau Cina - Sang Yoke 17.3. Kueh Teow goreng - cara Hokkien 16.9. Kueh Teow goreng - cara Kantonis 16.3 . Nasi ayam - masakan Cina 13.7. Pau Cina - 'Char Siew' 13.0 . Nasi Beriani 11.0 Nasi - 'Char Siew' 10.9. Lor Mai Kai 10.5. Nasi Lemak 7.0 . Laksa kari 6.8 .
Bahan Makanan Segar
Telor itik (whole) 650 . Telor ayam (whole) 415 . Telor puyuh (whole) 415 . Ikan bilis kering dengan kepala 383 . Udang kering 353 . Udang - segar 130 .Sotong 120 . Mentega 120 . Daging ketam 100 . Daging ayam 85 . Ikan bilis tanpa kepala 58 . Daging kambing 55. Daging lembu 45 . Kerang 45 . Ikan Kembong35 . Ikan Kurau 4 . Ikan Tenggiri 3.
No comments:
Post a Comment