Sunday, June 26, 2011

Puisi : Badai Saqifah...


Badai Saqifah…

Bumi Madinah menjadi suram
Berita sedih menyelubungi Umat Islam
Hilang nya permata yang menerangi Malam
Cahaya yang terang kepada seluruh alam

Nabi Muhammad telah wafat
Tarikh 8 Jun, 632 tetap diingat
Di rumah Baginda keluarga bermesyuarat
Di situ lah juga akan disemadikan jasad

Bukan disitu saja agenda berpakat
Kerana sudah ada cita-cita hendak diperbuat
Di Saqifah Bani Saadah tempat istirehat
Di situ lah  tempat Ansar memulakan mesyuarat

Di penjuru terjauh tempat berpakat
Sehingga tidak terdengar dari rumah Nabi Muhammad
Dulu nya Saqifah Bani Saadah di luar kota yang berkat
Kini hanya dipinggir Masjid Nabawi bagi mereka yang mahu menyiasat

Ketika Rasulullah s.a.w belum dimakam
Ada orang membawa berita ‘radio malam’
Omar Al Khattab pun menjadi geram
Omar tak boleh hanyak duduk diam

Bersama nya dibawa Abu Bakar dan Abu Ubaidah ibn Al-Jarrah
Terfikir dihati adakah Ansar mahu membuat sejarah
Memilih pemimpin baru di dunia Arab Jazirah
Membelakangkan Muhajirin dari kota suci Mekah

Maka bermula lah pertengkaran Muslimin
Muhajirin dan Ansar mencanangkan pemimpin
Masing-masing ada calon 'Presiden'
Dalam umat Islam yang kini tiada pemimpin

Omar berdepan dengan Ansar
Bersatu nya Aus & Khazraj menjadikan mereka besar
Namun berjaya Omar mengasingkan dua puak besar
‘Divide & Rule’  menjadi strategi besar

Aus dan Khazraj berpecah semula
Khazraj mahu pemimpin nya Sa’ad ibn Ubadah menjadi Tok Ketua
Manakala Aus yang lebih kuat berdiri di belakang Abu Bakar pula
Melihat  nasib yang tidak setara, maka akur lah Khazraj kepada yang lebih berkuasa

Terlantik lah Abu Bakar menjadi Khalifah
Sedang keluarga Rasul menguruskan jenazah di rumah
Tidak lah mereka tahu bahawa bencana telah tertempah
Berpecah lah ummah dan sesama kita bertumpah lah darah

Keesokan nya riuh lah bicara
Rupa-rupa nya sudah ada pilihanraya
Maka terkejut lah Ali bin Abu Talib dan sekian keluarga nya
Pilihan dibuat tanpa dirujuk Ahlul Bait Baginda dan sekian penyokong nya yang ada

Bermula lah episod perpecahan Islam
Kesan luka nya memang lah teramat dalam
Sehingga kini Islam timbul tenggelam 
Cahaya gemilang hanya nampak berbalam…



Hasil nukilan: Ahmad Al-Qadah
Di: Saqifah Bani Sa’adah, Madinah Al Munawwarah
Tarikh: 26 Jun, 2011.




DAHAGI SINGAPURA

DAHAGI SINGAPURA. KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjad...