Wednesday, March 02, 2011

PENYAKIT JANTUNG



PENYAKIT JANTUNG
Penyakit ini berangkai antaranya kencing manisdarah tinggi dan sakit jantung. Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Ia bernisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut oestrogen. Pencegahan lebih awal adalah lebih baik daripada mengubatinya kerana banyak pantang larang perlu dilalui oleh pesakit tersebut.

Hormon ini berfungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki. Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.

PUNCA PENYAKIT

·         Tiga dalam satu iaitu Kencing manis - Darah tinggi - Penyakit jantung.
Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung.

Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekeria lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.

·         Keturunan
Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah mengidap penyakit jantung, anak-anak juga berisiko mengidap penyakit yang sama.

·         Diet
Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung.

·         Alkohol
Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (Hudensity Lipoprotein) di dalam badan. Lemak HDL adalah dari sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebakan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Lowdensity Lipoprotein). Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat.

·         Merokok
Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung.

·         Tidak aktif
Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti jogging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini.

Tanda-tanda penyakit :
1.  Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada .
2. Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal .
3. Mereka juga sering merasa pening dan muntah-muntah .

Cara mencegahaya:
1.  Lakukan senaman dengan teratur .
2.  Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera.
3.  Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin .
4.  Jangan lali mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun.
5. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkan berat badan.
Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak. Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda.

BARAH
Nisbah penyakit barah yang dihidapi oleh lelaki termasuklah barah paru-paru, barah darah (leukemia) dan barah tekak.

PUNCA PENYAKIT
Punca utama barah paru-paru ialah merokok dan pendedahan kepada debu yang mengandungi silika dan karbon dioksida termasuklah asap-asap kenderaan dan asap kilang.
Manakala punca bagi penyakit barah darah masih tidak diketahui punca-puncanya. Penyakit barah tekak pula cuma menyerang di kalangan bangsa Cina. Ia disebabkan oleh keturunan dan virus.

Tanda-tanda penyakit Barah Paru-paru:
  • Batuk yang tidak putus-putus.
  • Batuk yang disertai darah .
  • Berat badan yang menurun dan badan yang menjadi kurus.
Hentikan tabiat merokok. Ikutilah etika kehidupan yang sihat. Gunakan pelindung untuk menghindari dan mengelakkan diri dari tersedut udara yang mengandungi silika dan karbon dioksida.

Pengidap penyakit ini masih boleh dirawat lebih awal. Apabila usia sudah mencecah 40 tahun, ada baiknya sering berjumpa doktor. Jika berlaku sebarang pendarahan, segeralah berjumpa doktor.

Rawatannya - Rawatan awal di buat melalui pemeriksaan X-ray. Sekiranya penyakit ini lewat di rawat, peluang untuk sembuh adalah tipis.

Tanda-tanda penyakit Barah Darah:
  • Demam yang berulang-ulang .
  • Seringkali berlaku pendarahan.
  • Darah keluar dari liang-liang bulu roma, hidung dan telinga.
  • Kulit mudah menjadi lebam dan senang membengkak.
Tanda-tanda penyakit Barah Tekak
  • Hidung sering berdarah .
  • Keupayaan pendengaran berkurangan .
  • Leher menjadi bengkak.
Penyakit ini tidak dapat dirawat sehingga sembuh. la hanya boleh dikawal sahaja.
Rawatannya - Ada beberapa jenis leukimia boleh disembuhkan dengan ubat dan rawatan doktor. Ada juga jenis leukimia yang tidak dapat disembuhkan.

DARAH TINGGI



DARAH TINGGI

 Apa yang anda tidak tahu mungkin membahayakan
Penyakit Darah Tinggi sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Walaubagaimanapun, masih ramai yang mengidap penyakit ini tidak menyedarinya.


Sila buka laman web http://www.fskb.ukm.my/infodiet/Hipertensi/apa%20itu%20H.htm.

Lazimnya penyakit ini berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau gejala selama beberapa tahun. Anda merasa sihat walaupun tekanan darah anda tinggi. Ini menyebabkan kesan-kesan yang buruk.

Pemantauan dan Amaran
Menjalani pemeriksaan tekanan darah 1 - 2 tahun sekali (atau lebih kerap) boleh mengesan masalah tekanan darah tinggi sebelum keadaan menjadi teruk sehingga melibatkan kerosakan organ.

Prognosis
Ada dua kemungkinan akan berlaku sekiranya seseorang itu mendapat masalah tekanan darah tinggi.
  • Tiada kerosakan selanjutnya Kawalan tekanan darah yang baik boleh mengawal kerosakan organ
  • Berlaku kerosakan organ sekiranya kedaan ini tidak dirawat, kerosakan organ pasti berlaku dan ini boleh berlarutan menjadikan sesebuah organ itu lemah dan gagal berfungsi.
Pencegahan
Pencegahan adalah langkah terbaik untuk mengawal tekanan darah tinggi. Berikut adalah beberapa petua yang penting untuk anda :
  • Kekalkan berat badan anda . Anda perlu mengawal berat badan ke tahap yang ideal. Ini ialah kerana pertambahan berat badan berlebihan ia akan meningkatkan tekanan darah. Jadi, sekiranya anda memiliki berat badan yang berlebih, berusahalah menurunkannya dan mendapatkan julat berat badan yang ideal dan kekalkannya buat selama-lamanya.
  • Amalkan tabiat makan yang baik tabiat makan yang baik akan mengurangkan risiko terhadap banyak penyakit termasuk tekanan darah tinggi.
Berikut ialah beberapa garis panduan yang perlu diikuti untuk mengamalkan tabiat makan yang baik.
  • Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolesterol.
    Kurangkan kandungan lemak dan minyak dalam makanan. Anda perlu mengambil sedikit sahaja lemak dalam makanan harian anda. Lemak mengandungi jumlah kalori yang berganda berbanding dengan protein dan karbohidrat. Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan lemak.
    • Pilih makanan yang segar .
    • Guna kaedah masakan yang tidak menggunakan minyak seperti kukus atau panggang .
    • Elak dari menggunakan santan terlalu banyak dan kerap.
    • Buangkan kulit ayam dan lemak pada daging-daging lain.
    •  
  • Berhati-hati dengan pengambilan gula dan garam. Terlalu banyak gula dan garam dalam makanan tidak baik untuk kesihatan. Sodium (dalam garam) sememangnya perlu tetapi badan hanya memerlukan jumlah yang sangat sedikit.
    • Anda hanya memerlukan setengah sudu teh garam sehari, jadi elakkan daripada menggunakan terlalu banyak garam dalam masakan.
    • Elakkan makanan bergaram seperti ikan masin, telur asin, cencaluk dan budu. Hadkan pengambilan anda seberapa yang boleh.
    • Kurangkan pengambilan gula.
    • Kurangkan memakan terlalu banyak kuih yang manis atau kek dan ais krim. Kuih tradisional mengandungi gula yang sangat tinggi.
    • Kurangkan minuman bergas dan bergula.
Apa itu Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah anda biasa (normal) apabila bacaannya :
Tekanan Darah adalah = tekanan sistolik
  Tekanan diastolik
Contohnya:
 120 / 80mm Hg
dibaca seperti - 20 per 80
Tekanan darah anda tinggi apabila bacaannya:
Adalah melebihi 140/90mm Hg, dan kekal tinggi walaupun masa berehat.

Tanda? Tanda? Tanda? Tanda? -  Darah tinggi tidak ada tanda, Cuma dikesan apabila tekanan darah diperiksa.

Komplikasi : -
  • Serangan penyakit jantung .
  • Angin ahmar .
  • Hilang penglihatan .
  • Penyakit buah pinggang .
Darah Tinggi - Apa Patut Saya Lakukan?

Anda perlu kawal tabiat makan dan kekalkan berat badan yang unggul.
  • Kurangkan garam dalam makanan .
  • Kurangkan lemak dan kolesterol dalam makanan .
  • Kurangkan pengambilan alkohol .
  • Makan ubat seperti apa yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan.
  • Amalkan tabiat bersenam.
  • Sentiasa tenangkan fikiran.
  • Buangkan tabiat merokok.
Mengenal makanan yang mengandungi kolestrol
Jenis Lemak - Lemak 'saturated' boleh meninggikan taraf serum kolesterol dan lemak 'polyunsaturated' dan sayur-sayuran akan memberi kesan yang sebaliknya. Dengan ini tukar cara masakan yang menggunakan banyak minyak seperti menggoreng, lebihkan masak dengan cara kukus, panggang, bakar atau rebus.



Lemak Yang Tinggi Dengan Kolesterol/Lemak 'Saturated'
Lemak Yang Rendah Dengan Lemak 'Saturated'
Butter  (Mentega )
Lard  (Lemak Babi )
Ghee  (Minyak Sapi )
Hard Margarine  (Marjerin )
Tallow/Mutton/Chicken Fat  
Cream  (Kerim )
Coconut oil  (Minyak Kelapa )
Coconut milk  (Santan )
Egg yolk  (Kuning Telor )
Corn oil  (Minyak Jagung )
Soya bean oil  (Minyak Kacang Soya)
Sunflower oil  (Minyak Bunga Matahari)
Peanut oil  (Minyak Kacang) 
Olive oil  (Minyak Zaitun )
Palm oil  (Minyak Kelapa Sawit )
Polyunsaturated margarine  (Majerin 'Polyunasaturated')
Salad cream/mayonnaise made from  vegetable oil  (Kerim Salad/Mayonaise  daripada minyak sayuran)

Jenis Makanan - Kolesterol mg/100 gm
Rendang hati 215.0 mg . Mee goreng Mamak 159.4 . Dosai + Telor 84.8 . Sambal udang 79.0 . Kueh Teow goreng dengan kerang  64.8 . Lup Cheong 55.8 Sate54.8. Nasi goreng Cina 47.7. Kari daging kambing 46.8 . Pau Cina - Besar 46.3 Pau Cina - Sang Yoke 17.3. Kueh Teow goreng - cara Hokkien 16.9.  Kueh Teow goreng - cara Kantonis 16.3 . Nasi ayam - masakan Cina 13.7. Pau Cina - 'Char Siew' 13.0 . Nasi Beriani 11.0 Nasi - 'Char Siew' 10.9.  Lor Mai Kai 10.5. Nasi Lemak 7.0 . Laksa kari 6.8 .

Bahan Makanan Segar
Telor itik (whole) 650 . Telor ayam (whole) 415 . Telor puyuh (whole) 415 . Ikan bilis kering dengan kepala 383 . Udang kering 353 . Udang - segar 130 .Sotong 120 . Mentega 120 . Daging ketam 100 . Daging ayam 85 . Ikan bilis tanpa kepala 58 . Daging kambing 55.  Daging lembu 45 . Kerang 45 . Ikan Kembong35  . Ikan Kurau 4  . Ikan Tenggiri 3.

MENGENAL KEBESARAN ALLAH S.W.T.

  
MENGENAL KEBESARAN ALLAH S.W.T.
Petikan Firman Allah dari Surah Asyura Ayat 29 yang berbunyi




Maksudnya : Sebahagian daripada tanda-tanda (kekuasaanNya) ialah kejadian langit dan bumi dan apa yang ditebarkanNya pada keduaNya dari makhluk yang melata dan Ia berkuasa mengumpulkan mereka apabila dikehendakiNya. 

Ruang angkasa yang luas dihiasi dengan bulan, bertaburan dengan bintang, planet-planet semuanya tersusun rapi dan tidak terjadi pergeseran antara satu dengan lainnya, siapakah yang mengaturnya ?

Bumi yang beredar mengelilingi matahari dalam masa setahun, dengan peredarannya itu terjadilah berbagai musim. Di sekeliling permukaan bumi terdapat pula lapisan udara sehingga manusia dan makhluk lainnya dapat hidup. Siapakah yang menyediakan semua ini ?

Jika kita teliti perjalanan bumi yang beredar mengikut paksinya dalam tempoh 24 jam. Kita perhatikan pula perjalanan matahari, bulan, pelanet lainnya, bintang-bintang kita akan merasa kagum dan patutlah kita bertanya siapakah yang Maha pengatur semua ini?

Jika kedudukan bumi terlalu dekat dengan matahari apa akan jadi, sudah tentu bumi terlalu panas sehingga manusia dan makhluk lainnya tidak dapat hidup seperti sekarang ini. Bagaimana pula jika terlalu jauh letaknya, sehingga hanya ais ataupun bungkah batu gersang yang ada disitu.

Kita semakin terpesona dan takjub jika kita mengkaji tentang kejadian manusia, hewan, tumbuh-tumbuhan, dan berbagai makhluk lainnya. Susunan tubuh kita yang terdiri dari bahagian-bahagian yang mempunyai tugas yang berbeda antara satu dengan lainnya.

Masing masing bahagian itu bertanggung jawab terhadap tugas masing-masing. Bahagian pernafasan bertanggung jawab untuk mendapatkan oksijen dan mengeluarkan karbon dioksid. Bahagian penghazhaman bertanggung jawab atas tugasnya menghadhamkan makanan. Demikian pula bahagian lainnya.

Jika kita perhatikan sebuah bangunan tinggi yang indah, dalamnya tersusun rapi dengan segala perlengkapan, kita yakin ada orang yang membangunnya dan melengkapkan semua alat yang ada dalam bangunan itu.

Demikian pula jika kita perhatikan lalu lintas dijalan raya dengan perlengkapan tanda-tanda yang perlu dipatuhi untuk keselamatan pengguna jalan raya itu sendiri. Kita berkeyakinan ada manusia yang mengatur itu semua.

Mereka yang beriman berkeyakinan bahawa kejadian bumi dengan susunan yang begitu teratur rapi, susunan planet-planet dan bintang-bintang di ruang angkasa yang terseusun rapi. Kejadian manusia dan makhluk lainnya dengan dilengkapi berbagai alat yang berguna.

Kejadian tumbuh-tumbuhan yang beraneka ragam dengan susunan yang rapi dan teratur, maka semua itu mebuat kita yakin dan percaya adanya yang Maha pengatur dan Maha kuasa iaitu Allah s.w.t.

Meskipun manusia telah berjaya membuat berbagai kelengkapan moden seperti kereta, pesawat udara, roket dan berbagai lainnya, kita patut mengakui kejayaan yang telah kita peroleh itu adalah dengan menggunakan  segala kemudahan yang telah dikurniakan Allah s.w.t. seperti kelengkapan yang ada pada tubuh kita.

Kita gunakan akal fikiran, kita olah bahan-bahan yang ada seperti besi, tembaga,  gas dan sebagainya. Kita ciptakan roket, kita meluncur ke angkasa luas menuju tempat tempat yang telah disediakan Allah s.w.t. seperti bulan dan planet-planet laninnya. Semua itu membuktikan tentang keagongan Allah S.W.T

Maksiat Dan Cara-Cara Meninggalkannya


Maksiat Dan Cara-Cara Meninggalkannya 

Sampaikan dariku walaupun satu ayat – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Tarmizi.

Assalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan RasulNya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (iaitu maksiat dalam rangkaian yang berantai berkait dengan tujuh lapisan dalam diri manusia) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar) dan ikhlas kerana Allah Taala dalam memantaunya.



Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya  : Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.

Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya : 
Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya. Petikan dari Hadis  Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.

Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar. 
Petikan dari Surah An-Nur Ayat 24 Firman Allah S.W.T yang berbunyi;





Maksudnya : Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).

dan disokong Petikan dari Surah Yassin Ayat 65 yang berbunyi;



Maksudnya : Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).

1) Menjaga Mata
Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain dan macam-maca ada.

Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban/kejahatan orang lain dengan sengaja atau bergurau.

Rasulullah S.A.W. bersabda : 
Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat.

3) Menjaga lidah
Lidah adalah anggota yang paling berkesan bersembunyi dalam diri manusia ianya lebih tajam daripada sebilah pedang sekiranya disalah gunakan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api Neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

sepertimana Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya : 
Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api Neraka selama tujuh puluh tahun diakhirat – Petikan dari Hadis Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar(berdebat) membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan meskipun perkataan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.


4) Menjaga perut
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal. Sesungguhnya yang sedap itulah yang membawa penyakit kepada manusia yang tidak bersyukur.

5) Menjaga Kemaluan
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah. Petikan dari Surah Al-Mukmin Ayat 5 dan 6 dalam Firman Allah S.W.T.  yang berbunyi.



Maksudnya : Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela. 

6) Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7) Menjaga Dua Kaki
Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim. Petikan dari Surah Hud Ayat 13 dalam Firman Allah S.W.T. yang berbunyi;





Maksudnya : Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api Neraka. 

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur) terhadap nikmat yang diberikanNya kepada kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang maksudnya : 
Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat) – Petikan dari Hadis Riwayat At Tirmizi.

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. 
Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W. – Petikan dari Hadis Riwayat Imam Malik.