Wednesday, March 02, 2011

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.





CAHAYA MUKA NABI S.A.W.
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampupun padam,

lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah S.A.W yang maksudnya : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda : Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhamad dan keluarga Muhamad.

KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. :

Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari .




Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tidak balik ke mari semula? " Jawab kijang itu: " Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan

selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya." Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : " Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itupun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah Malaikat Jibril a.s. dan berkata : " Hai Muhamad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu,

sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhamad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau   ".

Alhamdulillah, marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita
tergolong dalam umat Muhamad. Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan saudara-mara.

Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW. Petikan dari Surah Al-Baqarah ayat 208 yang berbunyi




Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

No comments:

Post a Comment

DAHAGI SINGAPURA

DAHAGI SINGAPURA. KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjad...