Wednesday, March 02, 2011

12 GOLONGAN DI HARI AKHIRAT



12 GOLONGAN
DI HARI AKHIRAT
Petikan Firman Allah swt dalam surah Al-Naba ayat 18 yang berbunyi
seperti yang berikut

Maksudnya : Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok . 
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, " Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini………….? " Apakah kamu termasuk dalam golongan yang mana satu atau sebaliknya.
Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab : Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan.
Sebanyak 11 golongan akan memasuki Neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki Syurga. Adakah anda termasuk dalam golongan yang satu ini…..? Tanya diri sebelum membuat keputusn yang sebaiknya.  Adapun 11 golongan yang memasuki Neraka adalah seperti berikut :- 



Pertama iaitu mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga atau sahabat meskipun bergurau. 
Kedua iaitu  mereka yang menyerupai seekor babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat wajib lima waktu dengan sengaja atau atas kejahilan tidak mahu belajar yang difardhukan keatasnya.
Ketiga iaitu  mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat harta dan pencarian. 
Keempat iaitu  mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta dan suka berbohong walaupun perkara itu salah kena cakap benar. 
Kelima iaitu  mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual  beli  atas penipuan. 
Keenam iaitu  mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau  perbuatan jahat yang jenis buka aurat lelaki atau perempuan yang disengajakan atau atas kejahilannya.
Ketujuh iaitu  mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak   mahu menyaksikan  kebenaran yang berdasarkan al-qur’an dan hadis nabi Muhamad SAW.. 
Kelapan iaitu  mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta  mati  sebelum bertaubat nasuha. 
Kesembilan iaitu  mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak  yatim secara  zalim secara penipuan yang nyata. 
Kesepuluh iaitu  mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani  melawan kedua ibu  bapanya dengan sengaja atau atas kejahilannya. 
Kesebelas iaitu  mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan  pehanya keluar  kotoran. Ini  adalah balasan mereka minum minuman keras ( khamar ) dengan sengaja atau buat-buat lupa.  
Kedua belas iaitu satu golongan yang masuk ke Syurga ialah mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang  yang beramal solih dan  menjauhi Maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

No comments:

Post a Comment