Wednesday, March 02, 2011

Pagar Ghaib



Pagar Ghaib

Sejak akhir-akhir ini sering berlakunya pecah rumah pencerobohan yang tiada diundang. Ini gara-gara ilmu hitam yang bermaharajalela kepada pemangsanya yang lalai. Oleh itu disini ada beberapa kaedah yang sesuai untuk memagar rumah yang baru dibeli  dari pemaju atau dari orang lain dengan memagar secara ghaib rumah dan sekitarnya. Disamping memagarnya dengan tembok batu-bata atau besi yang kukuh.
Kata orang terdahulu menyatakan bahawa persediaan awal adalah lebih baik setelah terpedaya oleh kelalaian kita dalam menjana kehidupan ini sesal kemudian tiada gunanyaBiar bersakit dengan usaha yang sungguh-sungguh dahulu bersenang kemudian dengan waspada.
Seandainya berlaku juga perkara yang tidak diingini itu tidak boleh menyalahkan takdir dan ketentuan dari Maha Kuasa kita sekadar hambanya berikhtiar dan berusaha untuk memantaunya agar selamat .
Disini disertakan tiga pilihan yang terbaik mengikut kesesuaian dan kemampuan yang anda miliki. Sebaik-baiknya tuan punya rumah yang membuat pagar ghaib ini disamping pagar tembok atau besi agar kemantapan keselamatan terjamin untuk seisi keluarga yang menghuni rumah tersebut dari pencerobohan, kecurian dan kebakaran.
Kita sekadar berusaha bagi memantau gerak kerja orang yang berniat menceroboh, merosak dan pengkhianatan yang disengajakan terhadap penghuninya. Inilah jalan atau doa yang sesuai supaya sepanjang perjalanan hidup ini selamat kerana Islam memohon keselamatan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Mungkin orang lain caranya berbeza dari yang berikut. Insyallah, sesungguhnya kita mahu keselamatan yang berpanjangan sampai keakhirat kerana didunia sekadar pinjaman sementara sahaja.
Pertama - Sekiranya rumah kondomonium atau flat sebelum berpindah atau mendudukinya maka kaedah ini kita gunakan pagar garam iaitu dengan menggunakan garam kasar lebih kurang lima peket kecil yang boleh didapati dipasaraya.
Sebelum dibacakan ayat seperti tertera dibawah. Perlu menyediakan garam kasar hendaklah dimasukkan kedalam bekas yang bersih yang mudah dikacau . Seterusnya dibacakan ayat tersebut sebanyak tujuh kali bacaan sambil mengacaunya dengan jari telunjuk kanan kita.
Setelah selesai bacaan ayat tersebut dengan niat memelihara dari pencerobohan yang diluar kemampuan kita. Garam tersebut hendaklah ditaburkan dalam ruang rumah mengikut waktu yang sesuai sebelum rumah tersebut dibasuh.
Setelah ditabur segengam garam mengikut arah tempat pusingan jam sehingga bertemu kembali ketempat diawal pusingan. Seterusnya garam tersebut ditinggalkan semalaman esoknya barulah dibasuh. Insyallah dengan izin Allah Taala kaedah ini memantau dari pencerobohan supaya selamat.
Cara ini cuma sekali dibuat sebelum berpindah atau mendudukinya. Setelah mendudukinya maka amalan berikut dibaca secara berterusan seperti cara kedua.
Kedua - Gabungan ayat yang telah disediakan dengan bilangan bacaan tujuh kali secara pagar ayat. Setiap arah dengan meniup ke arah bawah sekali, kehadapan sekali,  kekanan sekali,  kekiri sekali,  keatas sekali dan tarik nafas sekali.
Bacaan ayat tersebut di teruskan selepas solat lima waktu istimewanya selepas solat maghrib dan disambung selepas solat isya. Insyallah dengan izin Allah Taala kerana Maha Melihat akan perbuatan hambanya.  Kaedah ini mengunci dari diceroboh walau dari mana sekalipun selamat.
Cara ini dibuat sebelum berpindah atau mendudukinya. Setelah mendudukinya maka amalan berikut dibaca secara berterusan terutamanya selepas solat wajib lima waktu.
Ketiga - Untuk memagar bagi rumah cara pagar ghaib melalui teras asam jawa . Cara ini cuma sekali dibuat sebelum berpindah atau mendudukinya.  Disamping pagar tembok atau pagar besi bagi yang ada tanah dengan memulakan dari bahagian kanan rumah.
Sebelum itu kena carilah teras kayu asam jawa kalau boleh panjangnya lebih kurang empat inci setelah dipotong mengikut empat penjuru yang hendak ditanam. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah sebelah kanan dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggul tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:
  • Ini tembok Nabi Sulaiman
  • Dalamnya laut luarnya kota
  • Kalau kamu pecah kota ini
  • Kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Bacalah bismillahirohmanirohim sekali bacaan dan diiringi  surah al-Fatihah sehingga selesai sekali bacaan dan diturutisurah Yasin dari awal hingga ayat ke 9 sekali bacaan seperti dibawah.
Terjemahan: [1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

yasin1to9.jpg

Terjemahan [1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). [5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. [8] Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. [9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, sediakan bekas setelah disediakan dengan Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi teras kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini.
Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi. Jumlah semuanya empat penjuru.
Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau air garam kasar yang telah dicairkan boleh digunakan untuk melingkungi bahagian atas rumah tadi. Upacara ini hendaklah dilakukan waktunya yang sesuai iaitu sebelah petang.
Kesan sampingan sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasuki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan merasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang untuk menyelamatkan dari lemas.
Seandainya penceroboh terperangkap sipemilik hendaklah berjabat salam kepadanya dengan kesabaran yang tinggi disamping itu diajak penceroboh itu makan dan minum sebelum dilepaskan untuk menyelesaikannya. 
Kaedah turutan  diatas terpulang kepada pemilik yang membuat pilihan kerana Allah Taala yangmana sesuai untuk  anda. Tepuk dada tanya iman. Kekuatan pagar yang anda miliki begitu kuat bergantungannya kepada kekuasaan ALLAH TAALA melalui iman yang kental. Selamat mencuba. Amin.Begitulah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR………..

No comments:

Post a Comment

DAHAGI SINGAPURA

DAHAGI SINGAPURA. KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjad...