Wednesday, April 12, 2023

DAHAGI SINGAPURA



DAHAGI SINGAPURA.

KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjadi talibarut penjajah dan  menentang kebangkitan anak bangsa dan Islam di tanah air sendiri. Tahu tak, pada tahun 1915 jihad mempertahankan Khilafah telah dilaungkan oleh Khalifah Uthmaniah? 100 tentera Melayu telah berjuang di Singapura sebelum berlaku pengkhianatan ke atas perjuangan mereka oleh kuasa Melayu sendiri.

Pada 15 Februari 1915, seramai 815 orang askar berbangsa India dan 100 orang askar Melayu ( askar beragama Islam )  yang berkhidmat dalam tentera British telah melancarkan pemberontakan atau dahagi terhadap Penjajah di Singapura.

Seramai 33 orang tentera British terkorban sehingga memaksa British meminta bantuan dari Askar Timbalan Setia Negeri ( Johor ). Dengan bantuan Johor itu, pemberontakan tersebut berjaya dipadamkan..

Kenapa mereka melancarkan dahagi? 

Kerana seruan jihad oleh empayar Ottoman. Mereka telah bertindak membebaskan tawanan Jerman yang bersekutu Ottoman. Bahkan mereka telah menghantar surat  meminta supaya Ottoman menghantar sebuah kapal perang ke Singapura namun surat tersebut berjaya dipintas oleh British.

Akhirnya mereka yang terlibat dengan dahagi ini telah dihukum tembak..

Istilah pemberontakan digunakan kerana Singapura pada waktu itu merupakan Tanah Jajahan British.

AHMAD H

Kredit info artikel: *PERISTIWA ORANG MELAYU Karya ABDULLAH SIDEK a.k.a. Seri Cendikiawan

Gambar: Para tentera Islam (bekas tentera British di Singapura) dihukum tembak mati oleh British.

DAHAGI SINGAPURA

DAHAGI SINGAPURA. KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjad...