Ustaz Ali Haji Ahmad, meninggal
dunia siang tadi.. Isnin 23 Mac 2013. Ulamak besar Kedah.. Guru ku yang amat
dikasihi, yang menegur salah silap ku.. Yang mengajar ku Tasawwuf.. Dan memberi
kenal kepada aku tentang siapa orang yang tajam mata hati nya.. seperti Wali
Allah itu.. Al Fatihah.
Guru mursyid ysng sangat hebat..
Akan saya ceritakan sedikit nanti.. Ianya tak akan menimbulkan riak dsb nya
kerana guru ini telah kembali ke Rahmatullah..
Tak bermaya rasa nak mulakan
kerja pada hari ini... Nak atur langkah pun dah tak betul... Ya Allah terima
lah segala amal Guru ku ini, sesungguh nya kami telah menjadi murid nya dan
telah belajar dari nya dengan tekun izinMu.. Untuk mencari serta menjejaki
jalan yang diredhaiMu..
Ustaz Ali, 82 tahun, meninggal
dunia jam 5.00pm, 25 Mac 2013 di Hospital Alor Setar setelah 1 bulan dirawat.
Al Marhum dikebumikan di tanah perkuburan Akar Peluru, Alor Setar, Kedah pada
jam 11.00am, Selasa 26 Mac 2013.. Makluman untuk semua anak murid beliau yg
jauh dan yg menghargai mujahadah nya.. Al Fatihah. Sumber dari murid kanan..
Tuan Hj Mokhti Qadah
Innalillahi wa'inna ilaihi
roji'un.....Tadi Jalan Pegawai jam teruk, ribuan rakyat Kedah mengiringi
jenazah Almarhum....Al-Fatihah.
Satu persatu Ulamak Sufi di ambil
Allah daripada kita semua... minggu ini sahaja kita kehilangan 2 orang Ulamak
Besar... Dr Muhammad Uthman El Muhammad KL dan Ustaz Ali Haji Ahmad Kedah...
Semoga ada penggantinya...
InshaAllah... Banyak teguran nya
atas saya dulu.. Ditegur nya akan apa yang berlaku semalam.. Minggu sudah dan
sebagai nya.. Dibaca nya saya spt buku yg terbuka.. Spt wayang yg diulang
tayang..
Mengimbau pertemuan pertama aku
dgn Al Marhum Ustaz Hj Ali Hj Ahmad.. Aku bersolat Jumaat di Masjid Al Bukhari
Akar Peluru di saf hampir paling hadapan sebelah kiri berhampiran tingkap, 15
tahun lalu. Tetiba ada orang menggenggam belakang bahu kiri ku ketika khatib
membaca khutbah.. Aku menoleh ke belakang dgn sedikit marah/terganggu.. Seorang
tua di saf belakangku yg sdg tersenyum melihat raut muka masam ku itu
menunjukkan ke tingkap ke arah seekor belalang besar yang 'dihalau nya' dari
bahu ku.. Padahal aku tak rasa pun ada belalang hinggap. Kalau hinggap pasti
aku rasa kerana terjunan belalang adalah kuat dan kuku nya tajam.. Baju ku pula
nipis.. Itu lah org yg bakal menjadi Guru ku di minggu berikut nya.. Itu lah
Ustaz Ali Ahmad yg ketika itu tak ku kenali, sebab aku bukan nya rajin ikut
kuliah Masjid..
Beberapa hari selepas itu,
seorang rakanku berkata, "Husni, jom ikut aku mengaji di masjid dgn
seorang ustaz. Ni jadual nya ( sambil mengoyak buku nota kecil nya dan terus
menulis), nama nya Ustaz Ali... Ajar Tasawwoluf, Fiqh dan Usuluddin. Hang kena
beli kitab kitab jawi kuning mcm yg aku punya ni.. Di Pekan Rabu kedai agama
ada..beli kaset player boleh rakam sama.. Boleh dengar di rumah nanti kalau tak
faham"
Maka selang 2 minggu aku ke
kuliah Subuh Masjid Seberang Perak, Tongkang Yard.. Mengaji kitan Minhajul
Abidin karangan Imam Ghazali. Alangkah terkejut nya aku bila ustaz yg
dimaksudkan itu adalah org tua yg pegang bahu ku tempoh hari tu.. Aku toleh
sekeliling, tiada pun kelibat kawanku Mokhti.. Maka aku terus rakam je
pengajaran tu tanpa meminta izin guru atau memberi salam, kerana kuliah dah
bermula semasa aku tiba jam 6.00am.. Subuh awal waktu tu..
Aku terus mengaji dgn Ustaz Ali
dan terus merakam banyak keset selama 2 minggu. Akhir nya Mokhti hadir di
kuliah di Masjid Akar Peluru dan kenalkan aku dgn guru. "Ustaz, ni kawan
ana nak ikut mengaji, boleh la noooo Ustaz?" Sambil senyum Ustaz Ali
angguk dan aku cium tangan nya.. Sebulan selepas tu baru ku sedar, semua
rakaman tanpa izin Guru ku ini sekama 2 minggu permulaan, tidak ada suara nya.
Bunyi lain semua ada, batuk murid kuliah, bunyi ayam berkokok, motor ramn
pepagi yg buat aku bengang dll.. Suara Ustaz Ali tidak ada.... Bila kutanya
pada murid kanan.. Disuruh ku rahsiakan utk diri ku saja.... Aku dah syak Ustaz
Ali guru mursyid yang kasyaf dan mempunyai banyak karomah. Sangkaan ku itu aku
yakin betul.. Ada lagi yg mengejutkan berlaku...
Al Marhum Ustaz Ali pernah
berkata semasa satu kuliah Subuh, "Ansk-anak kslau buat salah, adslah
kerana kita buat sslah dgn Allah swt.. Jgn betlebihan marah atau
menghukum.." Aku dengar dan tulis nasihat itu tsnpa ingatkan apa- apa. Itu
pada Subuh hari Jumaat semasa belsjar kitdb Minhajil Abidin karangan Imam
Ghazali.
Keesekon nya, Sabtu malam di
Masjid Bukhari Akar Peluru pula aku mengikuti pengajian kitab Hikam Ibnu
Attaillah dgn Guru yg kukasihi, Ustaz Ali.. Aku datang lewat sedikit dan duduk
di belakang dan hanya dapat lihat Ustaz Ali di celah-celah hsmpir 100 murid
lainyang duduk mengelilingi nya dalam separuh bulatan.
Masa tu, Ustaz Ali dah 5 minit
memulakan pengajian dgn matan hikmah dari kitab telah dibacakan sblm ulasan.
Aku tergesa mencari matan berkenaan dlm kitab sambil memasang kaset utk merekod
dari pembesar susra di sebelah aku. Tiba-tiba Ustaz Ali menghentikan ulasan
matan hikmah dan terus menyebut, teguran pagi sblm nya iaitu, "Anak kalau
buat salah, adalah kerana kita terlebih dahulu buat salah kpd Allah swt dan jgn
berlebihan hukum anak..."
Kali ini baru aku perasan dan
terasa seperti terkena teguran itu dituju kepada aku. Kerana pada Khamis malam
Jumaat aku teleh memukul anak lelaki ku yg berusia 6 tahun ketika dia sedang
mandi hingga jatuh terlentang dan hampir tercedera akibat sedikit kesalahan dia.
Apabila aku mendongak kepala
setelah mendengar teguran Ustaz Ali itu, maka dari celah puluhan orang di
hadapan ku yg sedang duduk bersila itu, ku lihat mata Ustaz Ali merenung ke
dalam mata ku sbil tersenyum. Jarak antara Ustaz Ali dan aku adalah lebih kurang
30-35 kaki. Tersentak hati ku terkejut, bagaimana Guru ku membaca rahsia di
dalam diri aku. Aku bertanya kpd sahabat ku Hj Mokhti yg berada di kuliah sama
mlm itu.. Jawab Mukhti ringkas, "tau tak pa, biasa lah kami semua yg lama
ni kerap ditegur secara begitu juga.. Kadang tu dari kisah silam juga
ditegur.." Bertambah terkejut aku... Guru ku ini rupa nya guru yg kuyakini
kasyaf dan cahaya hidayah dlm diri nya amat tersng sehingga dapat membaca
rahsia manusia.. Itu antara karomah yg dpt ku lihat.. Sesungguh nya seseorang
Wali Allah itu tidak akan mengakui akan diri nya, cuma murid nya alan terlihat
sedikit tempias kehebatan itu..
Hidup ku amat kuat dipengaruhi
oleh ajaran ajaran Guru ku... Walau aku jarang dapat berjumpa nya sejak
meninggalkan Alor Setar merantau bekerja sejak tahun 2002...
Ada rakan menyarankan agar aku bukukan kisah belajar dengan Ustaz Ali... Buku? Tak sampai lah setebal
buku kisah ku ini.. Lain lah kalau murid yg bertahun tahun mengumpul cerita dari pengsjian
dan pengalanan berterusan.. Tapi saya pula, Ustaz Ali ada kiaskan..."Ada
orang belajar banyak-banyak, tapi dapat nya sikit-sikit".. Kata nya lagi,
"Ada orang belajar sikit-sikit, tapi dapat nya banyak-banyak', sambil
beliau tersenyum memandang murid-murid nya sebelum senyuman terakhir dari nya
singgsh kepada ku.. Maka menjeling lah beberapa murid lama nya yang berserban,
berjubah dan segala bagai kepada aku yang sering duduk di bekakang dan pakai
kemeja putih, kain pelikat dan kopiah putih lusuh sahaja..
Aku sering 'terkena' dengan ramai
juga ulamak dan pembesar yang menarik tangan mereka untuk mengelaqk dari dicium
oleh aku.. sungguh terkilan dan kecil hati aku apabila penghormatan yang cuba
kuberikan dinafikan..
Mungkin, mereka menganggap cium
tangan itu terlalu tinggi penghormatan.. hanya selayak anak menantu dan isteri
mereka saja mencium nya..
Padahal dalam budaya Islam Arab,
biasa lah mencium tangan, baha dan pipi kepada yang dibenarkan kecuali bukan
muhrim.
Namun guru ku ini Al Marhum Ustaz
Ali tidak pernah menolak dari tangan nya yang lembut mulus dicium oleh
anak-anak murid yang dikasihi... Beliau tahu niat ikhlas anak murid yang sayang
kepada nya.. Kata nya., "Orang nak cium tak apa lah.. tanda kasih sayang..
kita kena jaga hati orang.. malah binatang pun kita jaga agar tak
dianiayai..."
Dalam satu kuliah, kata nya
"Satu ketika dahulu Wali Allah Ibrahim Adham sedang tidur di bawah pokok
dalam gelap sesudah solat Subuh.. tetiba datang seorang jemaah ke bawah pokok
itu dan kencing di situ terus ke atas bahu Ibrahim Adham yang sedang bersandar
di pokok berkenaan. Orang itu tidak nampak akan Ibrahim Adham... namun Ibrahim
Adham tidak berganjak dan membiarkan saja orang itu kencing hingga puas. Setelah
selesai baru lah orang itu sedar bahawa dia telah kencing ke atas seorang
ulamak besar.. Kata nya"Maafkan saya tuan, kenapa tak tegur saya
tadi..?" Jawab Ibrahim Adham, " Tak mengapa lah, tuan tidak sengaja
dan tidak nampak saya tadi.. kalau saya hentikan tuan ianya merbahaya kepada
pundi kencing tuan yang sedang mula kencing.." Begitu lah, orang-orang
Sufi...
Guru ku mahu kami berusaha
lembutkan hati sehingga begitu... kerap kami diajukan cerita Ibrahim Adham
berkenaan... Malah Ustaz Ali pernah berpesan, "Kalau nak beri ayam makan,
beri lah elok-elok jangan ditebar nasi bersepah di laman... atau kepada
kucing,jangan dilontar sisa makanan kepada nya.. letak lah di dalam bekas
dengan baik.. mereka pun ada nilai maruah nya.. kalau ayam itu cakar nasi tadi,
biar lah itu resmi nya.. tapi kita, beri lah baik-baik.." Banyak lagi
petua mengenai semut , nyamuk dll yang tak boleh ku kongsi di sini kerana ianya
akan menyebabkan bukan ahli Tasawwuf berpandangan serong jika tidak memahami
nya...
Banyak kisah dari Ustaz Ali juga
bagaimana Imam Masjid Zahir Alor Setar di zaman 1920an tinggal jauh di
Changloon tapi sentiasa sampai tepat masa ke masjid setiap hari walau pun hanya
berjalan kaki di dalam hutan. Di zaman tu tak banyak jalan raya... Itu lah
golongan para Wali Allah dari kalangan Ahli Tasawwuf...
Ustaz Ali pernah bertanya
murid-murud nya, "Sanggupkah kalian membiiarkan nyamuk sekadar seekor dua
menghisap darah?" Ujar nya lagi, "Darah sekadar tak lebih 1/4 titik
itu ada lah rezeki nya.. Insha Allah tak mati kita dgn sebanyak itu.. Kita
sering digigit nyamuk tanpa disedari.. Kalau sedar dibunuh pula"..
Kami juga diajar, dilembutkan
hati agar lebih mengasihani sebagaimana Rasul itu kasihkan umat nya. Ketika
satu pengajian, ada Mat Rempit melintas berhampiran masjid. Ramai jemaah berasa
marah dgn kebisingan ekzos motor berkenaan memecut. Tapi Ustaz Ali sempat
memberi satu lagi pengajaran dengan kata nya, "Jangan lah dimarahi atau
disumpah anak muda itu sebagaimana lazim org berkata.. Nak mampus dah le tu,
tak sayang nyawa dsbnya.. Sebalik nya doakan lah, Ya Allah, lembutkan lah hati
anak muda itu, dia tak sedar akan bahaya yg ditempah, dia terbuai keseronokan
dunia muda, kalau dia sedar, pasti dia tak buat sebegitu, diaa tak berfikir
kalau dia kemalangan mati atau cedera, mak bapak yg dikasihi nya akan amat
bersedih.. Ya Allah ber lah petunjuk.. Jgn pula kita maki hamun".
Dengan
penuh senyuman, Ustaz Ali tahu bahawa jiwa kami tersentak dgn ajaran sebegitu..
Oleh itu, adakah wajar Wahabi Arab Saudi mengganggap pengajian Tasawwuf sbg
menyimpang dan hanya bertumpu kpd akhirat dan lupa dunua sama sekali..
Sesungguh nya tarikan dunia ini amat lah kuat kerana ujian dunia ini datang nya
dari Allah swt jua.. Kata Guru ku, "Tidak lah dapat kita atasi ujian dunia
ini dgn izinNya jua sahaja.. Jangan lah kita ingat kita dah cukup kuat dlm tiap
sesuatu..
Sentiasa lah minta padaNya dalam kita patuh kepadaNya.. Ibarat kita
sayangkan anak yang taat, sudah pasti permintaan nya akan cuba kita penuhi..
Malah kalau tak minta pun, kita akan cuba berikan sesuatu... Sudah tentu Allah
swt yang Mmaha Pengasih lagi Maha Penyayang lebih teramat hebat pemberian nya
kpd hamba yang dikasihi nya.." Kita sentiasa membuka kalam dgn
bismillahirrahmanirrahim.. Tapi sekadar sebutan.. Tak merasai penghayatan cinta
Allah swt kepada kita.. Tidakkah kita rindu dan cinta juga kepadaNya.. Tidakkah
kita mahu menjaga tingkah laku agar Allah swt yang kita cintai tidak murka
kepada kita...
terimakasih kerana appreciate
garapan yang tak seberapa itu.. Ilmu yg diampaikan melalui Guru Mursyid spt
Ustaz Ali amat lah banyak dan beliau berlapik menyampaikannya kerana Ilmu
Tasawwuf amat halus.. Is mencangkumi perasaan hati di dalam hati. Makna nya
'sir' hati kecil yang jauh di dalam hato, perasaan dan ilmu yang sangat takam
dan sukar dikeluarkan/dizahirkan untuk kita fahami.
Pemahaman dan amalan dari Mengenal
Diri ini tidak boleh di buat-buat atau dilakonkan. Ianya akan lahir dari ddalam
diri kita dan akhir nya akan terzahir di luaran kita. Ada irg pula, zahir nya
hebat berserban, jubah dgn wangian , janggut panjang dsb nya mengikut sunnah
tapi keperibadian dan di dalam hati nya tidak lah bersamaan suci nya seperti
apa yg dipamerkan utk tontonan ramai. Silap solap luaran nya itu menimbulkan
riak pula..
Guru ku berpesan, "Biar lah
kita bentuk diri kita dari dalam, cahaya nya Insha Allah akan terpancar apabila
kita sudah bersih di dalam yakni kebatinan kita.. Hati di dalam hati.. Walaupun
kita jauh dari sesuci hati Rasulullah saw.. Nabi kita beberapa kali dibelah
dada dan dicuci oleh malaikat.. Namun sekadar manusia biasa, cahaya nur dapat
jua mencapai tahap yg tinggi..
Dosa yg kita lakukan setiap hari
akan tertulis di dalam rekod di sebelah kiri kita dan kesan noda hitam
perlakuan itu akan terkesan titik hitam di hati dan menutip cahaya iman dari
terpancar.. Ibarat kita bekerja, bersukan.. Kesan aktiviti berkenaan akan
meninggalkan daki di kolar baju.
Dengan berzikir, noda jitam akan
hilang sedikit demi sedikit apabila Malaikat Muqorrabin dgn izin Allah swt akan
menghilangkan kesan noda do hati kita.. Cahaya yg terpancar mempunyai banyak
keistimewaan nya..
Guru ku seorang yg amat baik
akhlak nya..
Pesan nya"Dalam mengaji
Tasawwuf jgn pula hanya dok berzikir, solat tak hentisampai tak bekerja mencari
rezeki. Dulu di zaman 50-60an saya pun selepas habis waktu mengajar di Maktab
Maahad Mahmud Alor Setar, saya nanti 'tarik'(bawa) beca pula, cari rezeki
tambahan.. Gaji guru berapa lah sangat dulu nya.. Segan (malu)juga lah, sebab
guru yg dimulia bawa beca.. Maka saya pakai topi mengkuang besar dan ikat tepi
nya rapat ke pipi untuk tidak dikenali.." Guru ku kuga manusia biasa..
Begitu lah juga kita....
Pernah beliau bercerita,
"Dulu saya belajar dgn Mufti Pulau pinang di zaman muda dan beberapa guru
lagi memgenai Tasawwuf.. Saya dok di tangga masjid saja.. Belajar sikit sikit,
lama lama baru tambah dan cari ilmu dgn lebih rajin.. Jaga zikir.. Jaga
ibadat.. Berbuat baik..." Sambil beliau melirik senyuman.. Orh Tasawwuf
mmg sentiasa merendahkan diri nya...
Satu perkara yg kami anak anak
buah nya amati ialah, Al Marhum Ustaz Ali tidak pernah menanda bahagian mana
dari pelbagai kitab yang diajari nya apabila berhenti pada malam pengajaran.
Sesatu kitab itu pun ada 3-4 tempat berhenti yg tidak sama bergantung kpd
Masjid mana yg diajar.. Makna nya mukasurat berlainan, baris berlainan dan melibatkan
banyak kitab dalam seminggu.. Namun apabila hendak mula mengajar, Ustaz Ali
akan buka kitab lebih cepat dan tepat mukasurat serta baris berbanding dari
kami yg menanda baris serta mukasurat didalam pelbagai kitab.. Itu pun
kenkadang kami masih silap.. Ustaz Alitetap yajam mata hati nya dan tak pernah
kami lihat silap atau tercari mukasurat kitab Jawi..
Banyak teguran nya atas saya
dulu.. Ditegur nya akan apa yang berlaku semalam.. Minggu sudah dan sebagai
nya.. Dibaca nya saya spt buku yg terbuka.. Spt wayang yg diulang tayang..
Baru saya tahu apa itu yang
dikatakan makrifatullah.. Apa itu hidayah... Apa itu maqam terpuji yg sering
kita sebut... Siapakah insan kamil.... Dan betapa tenggelamnya kita di dalam
dugaan duniawi.. Dicipta Ilahi jua..
Terima kasih.
ReplyDeleteKisah saudara ini mengingatkah saya ilmu yang terpendam lama.
Semoga diberkati perjalanan hidup kita.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya cucu kepada Al-Marhum,
Tersentuh hati saya baca semua ni,
Saya betul2 rindukan beliau :'(
alhamdulillah
DeleteAssalamualaikum WBH
ReplyDeleteSaya sedih sgt bila baca balik tulisan tuan.
Saya antar ayang duk ikut mengaji walaupun tak kerap.
Tapi saya terkilan hari Almarhum Ust meninggal saya tak dapat balik
Saya rasa saya banyak dosa hati dan dosa2 lain dengan manusia.
Sampai saya rasa tak diizinkan Allah untuk jumpa buat kali akhir.
Tiba2 sahaja malam dan pagi yang saya rancang nak balik Alor Setar tu saya jadi lesu letih yang amat sangat secara tiba2. Saya taktau kenapa sampai xboleh nk drive.
Saya hanya tidoq sahaj. Dlm Tidoq tak jerap tu say aduk byg2 Almarhum Usa.. saya ras anak balik tapi tak boleh nk drive. Hanya petang lepas kebumi semua baru saya dan ziarah puasara di Kubur Akar Peluru tu.
Sampai hari ini saya sedih.. kenapa say atak dapat jumpa.
Saya amat kasih pd Ust sehingga urusan2 penting hidup saya diputuskan atas nasihat Ust.
Banyak kenangan dengan Ust, dan saya sempat melawat kali terakhir di GH Pulau Pinang, ketika hanya 2 minggu sahaja dr tarikh Ust pi buat selamanya. Ust masih segar, tajam ilmunya walaupun hayatnya dah singkat.
tuan2 yang pernah kenai Almarhum ust Ali, kalian takkan jumpa lagi dah insan mulia seperti ini. Bukan nak nafi atau keilmuan dan kesufian limuan lain, tapi bagi saya, 20 tahun lalu sampai la saya jumpa lagi akhlak dan kehebatan seperti Almarhum ust Ali.
Bagi saya barangkali ahli keluarga Ust sendiri tak kenali Almarhum dan siapa Almarhum. Kitab2 yang penuh di rak2 di rumahnya di belakang Maktab Mahmud itu tidak diwarisi.
Subhanallah.. saya yakin sifat2 wali Allah itu ada padanya.. memandangkan Almarhum tidak dipublisitikan meluas seperti ust2 kotemporari lain walaupun muridnya ramai. Barangkali Allah SWT sgt memelihara dirinya dr sifat2 Riak-Ujub-Takkabur maka dilindung dr pulblisiti luas, kecuali setelah Ust tiada.
Subhanallah..Allah SWT telah ambil Ust dari kita sebagai penyuluh dan pembetul diri..
Semoga Almarhum ust Ali bin Haj Ahmad.. tenanglah disana.. Ameen Ya robbal Alamin!
Almarhum ust Ali merupakan ilmuan dan mursyid yang 'tersimpan'. Ciri2 wali Allah SWT ialah Allah menyembunyikan dr kalangan hamba2NYA. Sebab itu tidak risau saya kenapa bila tulis di google, tidak ada carian, kerana para wali yang Allah kasih Allah sembunyikan melainkan orang2 yang mencari Allah dan Rasulullah.
ReplyDeleteKehebatan dan sifat akhlak dirinya hanya akan dikenali bila berdampin ikut majlis ilmunya di masjid2 sekitar Kedah/ Penang ini.
Kebanyakkan anak2 murid Ust mengalami peristiwa2 sebegini..iaitu secara tidak sengaja. tidak dirancang, hidayah Allah SWT dtg melalui pelbagai kaedah, melalui guru yang bertaqwa dan mursyid seperti Almarhum Ust Ali.
Ust tak bercakap banyak berjela-jela.. tapi ayat2 yang keluar dari lisan Ust cukup berbekas dan berkesan, mudah faham. Satu contoh di Masjid Al-Ghufran bila Sut sentuh bab khusyuk dalam Solat.. " khusyuk ni ialah LENDIK dalam Solat.. baca lendik.. rukun lendik.. hadir diri dan ikut semua buatan dalam Solat.. tak paham maksud bacaan dalama bahasa Arab takpa, bagi ikut lendik dulu bacaan2 kita.." itulah slh satu lebih kurang ayat Ust masa mengaji dlu.
..banyak kisah dan akhlak Ust Ali yang hanya org 2yg dekatinya shj akan terlihat. Khalayak umum mungkin tak kenai atau tak nampak.. Semoga Ust Tenang di sana.. Ust takdak.. sepinya kami tanpa guru petunjuk..sepinya masjid2 yg Ust pernah duduk mengajaq.. Subhanallah..
Allah SWT merahmati dan menempatkan Ust Ali Hj Ahmad bersama Rasulullah Solallahualaihi Wasallam.. Ameenx3
Rindu Al Marhum Ustaz Ali... AlFatihah
ReplyDeletetuan ada lagi tak kisah berkenaan Al Marhum Ustaz Ali.
ReplyDeleteAda
Deleteاللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
ReplyDeleteAku ada menziarahi ustaz semasa aruah menjalani rafio therapy di GH Penang bersama 3 sahabat. Semasa berbual dengan aruah aku ternampak susu berubat yg di bekalkan pihak hospital telah terluput tarikh. Aku memberi isyarat kpd salah seorang sahabat mengenai tarikh tersebut. Secara sembunyi sahabat aku telah ambil susu tu untuk memaklumkan tentang tarikh tersebut kpd pihak hospital.Sedang ustaz melayan berbual dia sempat ternampak sahabat aku dengan susu.Lalu bertanya hendak kemana dengan susu tu. Aku beritahu ustaz tentang traikh susu tu..Ustaz dengan nada lembut membalas dengan berkata'Tok sah lah dok susah kan depa, depa pon dah banyak habiskan masa untuk saya, depa pon letih dengan beban kerja depa. tak pa aih pasai susu tu...Kami yakin sangat yang ustaz yakin sangat yang menyembuhkan bukan ubat tu tapi Allah.Tapi atas rasa kasih kat ustaz rasa tak bertanggung jawab pula kalau tak mengusahakan utk memaklum kpd hospital..Demikian lah di hospital pun kami beroleh ilmu dari nya...