USTAZ AZIZAN yang kukenali..
Beliau mempunyai jiwa kebapaan yang tinggi.. Sekarang beliau
masih kritikal di Hospital PPinang dgn kaki dah kudung ke paras lutut.. 2 hari
lalu, begitu ramai orang beria ia menyebar khabar angin bahawa xMB Kedah, Ust
Azizan dah mati.. Kasihan insan tokoh pendidikan ini yg dah berjasa
membangunkan Insaniah sehingga menjadi Universiti dan Kolej Sains Pulau Tuba
walau baru sepenggal menjadi Master Chef Kedah..
Ini kisah yang aku janji nak cerita.. Ayah aku, Dato' Paduka
Hj Ahmad Basri, Pengurus bola Kedah yg dikenali ramai, meninggal dunia pada 15
Julai 2008... Ustaz Azizan adalah antara orang pertama yang sampai ke rumah Ibu
ku dan mengarahkan agar ruang disusun bersesuaian utk dikunjungi ramai orang,
dan gambar yg tak bersesuaian agar diturunkan dari dinding. Terpegun adik adik
aku dgn kunjungan itu.. Kemudian baru lah MB Kedah ini ke hospital melihat
jenazah bapa aku yang masih di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.. Aku pula
masih di Mesir dan sedang berusaha mencari flight pulang ke Kedah.. Sungguh
prihatin MB Kedah ini, walaupun Ayah aku adalah orang UMNO..
Satu kisah lagi berlaku di tahun 2010... MB Kedah dan
beberapa EXCO termasuk pegawai kanan Kedah Civil Services, serta pengurusan
Insaniah berkunjung ke Jeddah dari Mesir. Ada di kalangan rombongan nya adalah
org UMNO kawan Ayah aku yg telah bisikkan kpd Ustaz Azizan bahawa anak Dato
Basri ada bekerja di Jeddah.. Maka aku ditelefon oleh seorang staf konsulat
bahawa MB Kedah nak jumpa aku..
Bila mengadap Ustaz Azizan ketika beliau sedang
mempengerusikan mesyuarat, maka beliau bertanya aku, "Mak dan adik adik ok
ka di Aloq Setaq? Rumah mak tu mungkin diambil utk besarkan jalan Sultanah,
kalau terpaksa diambil, jangan lah marah.. Pampasan akan dikira sebaik mungkin.
Dok balik Aloq Setaq dak? Balik noo, jengok jengok.. Ayah dah tak dak.. Tak pa,
mai dok, saya nak tanya bab pelancongan.. Awat Arab banyak di Langkawi saja..
Apa usaha yang Kerajaan Negeri boleh bantu untuk Arab mai Tanah Besar Kedah..
Aloq Setaq Gunung Jerai dll..."
Terpegun kakitangan konsulat melihat seorang bergelar YAB MB
Kedah menghentikan mesyuarat utk bertanya hal kpd seorang anak Kedah yang
dianggap semua nya macam anak anak dia juga..
Ustaz Azizan mmg mulia akhlak nya.. Dan mmg dia keras
sikit.. Org Kedah kata perongoih sikit.. Elok la tu.. Kalau lembik sgt org
boleh pijak kepala.. Takut bini atau biar anak menantu balun projek...
Kini Ust Azizan bukan lagi MB... Malah bergelut antara hidup
mati.. Kaki dah kudung sampai paras lutut.. Tak boleh dah nak berjalan sendiri
mcm dulu.. Itu pun jika sembuh..
Doakanlah agar Allah swt mekanjutkan usia beliau.. Kini
rakyat Kedah dah sedar betapa murni nya hati para ulamak yg ikhlas bekerja untuk
rakyat. Sanggup Ust Azizan memberi nasihat kepada Mukhriz yg masih muda.. Demi
agama bangsa dan negara..
Doa aku adalah untuk semua kita rakyat Malaysia.. Berlaku
adil lah sesama kita.. Ingat lah hidup ini hanya sementara..
Sekian.. Terimakasih kerana membaca..
Artikel ini telah ku tulis di dalam fb pada 13 Mei, 2013 dan
mendapat hamper 8,000 like dan dikongsi oleh berpuluh-puluh website…
We are very good Lawyers for our mistakes... Very good Judges for other’s mistakes.
ReplyDelete