Wednesday, September 19, 2012

Nasi Lemak Royale

Nasi Lemak Royale

Nasi Lemak Royale sangant famous di Alor Setar, dengar cerita ada 3 cawangan di sekitar Alor setar, tapi aku hanya tahu 1 cawangan sahaja. di Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Ini lawatan sambil makan aku yang kedua. Pertama kali aku datang adik aku bawa, dia belanja, siap guna GPS untuk tahu lokasi.

Hari ni aku datang bungkus saja, bawa balik makan dengan orang tua aku. Nasi lemak yang ditulis tu, rasa aku bukan nasi lemak macam kita makan pagi-pagi tu warna putih, tapi warna kuning, mungkin nasi lemak dari india kot, hantam saja la labuuu.

Lauk-lauk dia style mamak dan tak berapa banyak pilihan tapi ok la, ada ayam goreng/madu, limpa, sotong, telur rebus dll. Yang paling special aku rasa ialah kuah campur dia.


Campur ada mathematik punya, bukan macam kedai mamak/bangla Penang yang campur taram ikut suka mak bapak dia ja. Rasa kuah campur tu ada pedas, manis, susah la nak cerita nanti pergi rasa sendiri.

Harga boleh tahan laaa. tapi aku konpius masa adik aku belanja murah ja, nasi 8 piring (piring ja....sebab pinggan kecil), ayam 3ketul, sotong sepiring(banyak), telur 5 biji, kuah campur baru RM 38.....tapi aku beli bungkus, ayam 2 ketul, sotong, kuah campur dah RM19, rasa hari tu dia kira silap kot.

Ramai orang makan, semua bangsa ada, siap beratur nak ambil order. Tapi yang tak best, gerai dekat dengan longkang, busuk dan sumbat pulak tu, tapi kerana sedap dah tak bau dah longkang tu.

Lokasinya dari pekan Alor Setar kearah Tandop menggunakan Lebuhraya Sultan Abdul Halim terus sehingga jumpa stesen minyak BHP disebelah kiri, gerai selepas stesen minyak tu. parking la tepi jalan atau ada sedikit tempat parking disebelah gerai tu.


Gerai dibuka petang ke malam sahaja, jam berapa aku tak pasti.

...................................................
Nasi Lemak Royal asal, iaitu HQ nya dulu dan kini adalah dalam kedai Cina iaitu Kim Bee Chew, tepi Panggung Royale lama.......




......
Nasi Lemak Royal yang popular di sekitar Alor Setar, Kedah mempunyai cawangan di Ampang. Sesiapa orang Alor Setar yang mengidam boleh lah ke sana untuk melepas geram. Hehe


Lokasi: Club House, Tiara Duta Condominium (Taman Putra Sulaiman), Ampang, Selangor, Malaysia 68000




2 comments:

  1. Nasi Lemak Royal yang popular di sekitar Alor Setar, Kedah mempunyai cawangan di Ampang. Sesiapa orang Alor Setar yang mengidam boleh lah ke sana untuk melepas geram. Hehe

    Lokasi: Club House, Tiara Duta Condominium (Taman Putra Sulaiman), Ampang, Selangor, Malaysia 68000

    ReplyDelete
  2. kalau ciluk info dari page org lain. tag la owner asal tu..
    bila aku browse sana sini baru perasan ada info dgn gambar sebijik mcm ko taip. hanat tul..

    ReplyDelete

DAHAGI SINGAPURA

DAHAGI SINGAPURA. KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjad...