Monday, January 30, 2012

Bas Ekspres Malaysia Pandu Cuai!

Kita telah acap kali melihat atau membaca artikel mengenai kemalangan maut membabitkan bas ekspres di Malaysia. Semalam dalam perjalanan saya di Lebuhraya PLUS menghala ke KL selepas pulang dari bercuti ke Kedah, terdapat banyak sekali bas ekspres yang memecut melebihi 120km/j. Padahal had laju bas adalah 90km/j untuk lebuhraya!

Bas-bas ini termasuk Plusliner dll memandu dengan cara amat berbahaya dengan menghimpit di bahagian belakang kereta lain yang sedang memandu di laluan paling kanan untuk memotong. Tak cukup dengan menghimpit, bas-bas ini memberi amaran lampu besar agar segera beredar ke tepi untuk memudah kan mereka memotong dengan amat laju. Ada ketika nya dua hingga tiga bas memotong sekaligus di bahagian kiri dan kanan lebuhraya hingga menyebabkan kereta yang berada di laluan tengah menjadi torhoyong hayang terkena momentum tekanan arus angin dari tindakan ganas bas-bas berkenaan.

Mengapa tiada polis yang memantau semalam? Padahal, ianya masih lagi musim perayaan Tahun Baru Cina? Banyak lagi persoalan... apa berlaku kepada usaha untuk memasang black box pada setiap bas seperti yang mahu dilakukan dahulu nya? Kenapa tiada marsyal yang turut berada di dalam bas ekspres? Mengapa tiada sistem amaran kelajuan bas seperti loceng amaran di dalam bas apabila melebihi had laju? Mengapa bas tidak dihadkan kuasa pecut atau kuasa laju pada enjin nya?

No comments:

Post a Comment