Saturday, March 18, 2023

Kisah KUAH ROJAK MAK BEE Kedah

2 bulan lepas, pi Pekan Rabu, satu peniaga tu kata, "Saya tak jual Mak Bee sebab dia Cina, saya jual hat keluaran Melayu saja". Semangat Melayu tu macam elok, tapi lebih tinggi dari semangat Islam pula. Hmmm...


Mai nak cerita kisah Mak Bee, kot hangpa orang Kedah tak tau lagi. Ada kena mengena sikit dengan 'Orang Bola Kedah' dulu ni... Ada aku sebut dalam buku DAB yang dah hampir tamat edit, olah semula kali ke 10...


PENGASAS KUAH ROJAK MAK BEE, jom intai😉


Allahyarhamah Mak Bee @ Bibi Abdullah adalah seorang cina mualaf berketurunan Cina “Hakka” yang berasal dari Kuala Pegang ,Baling Kedah. Beliau meninggaldunia pada 1 October 2004. Arwah mendirikan rumahtangga bersama arwah Ismail Junid bekas Setiausaha Bola Sepak KFA. Dikurniakan 2 orang anak iaitu , Pn Hajjah Mimi Ismail 67thn. Beliau seorang pesara guru, dan anak keduanya seorang juruterbang MAS,  Kapten Izham Ismail 62thn yang kini memegang jawatan CEO MAS ( Malaysia Airlines System).


Bagi meneruskan kelangsungan hidup , Allahyarhamah bermula berniaga menjahit baju , memasak lauk tingkat , menjual kacang dan terakhirnya membuat kuah rojak yang kini masih diteruskan sehingga ke generasi ketiga pada hari ini.


Kuah rojak Mak Bee kini telah berusia 43tahun di pasaran dan telah mendapat perhatian negara luar bagi pemasaran ke luar negara. 


Generasi kedua Mak Bee iaitu Pn Hajjah Mimi Ismail atau dikenali sebagai “cikgu mimi” telah mengambil alih bagi mengusahakan kuah rojak Mak Bee sejak tahun 2004 selama 16tahun.

Beliau adalah seorang pesara guru yang sangat komited dengan tugasan harian beliau di sekolah tetapi pada masa yang sama beliau meneruskan perniagaan kuah rojak ini kerana permintaan yang tinggi dan berterusan daripada pelanggan tetap.


Perniagaan ini berlangsung di kediaman Mak Bee selama 40tahun. 


Pada tahun 2020, Generasi ketiganya Allahyarhamah Mak Bee iaitu cucunya 

Pn. Shazana Binti Mahazir 37 tahun anak tunggal kepada Pn Hajjah Mimi Binti Ismail meneruskan legasi Kuah Rojak Mak Bee. Beliau seorang Alumni Uitm Merbok dan Uitm Shah Alam didalam bidang Seni Reka dan Cipta Industri serta pengalaman bekerja sebagai Ketua Pengurusan Pelanggan yang melibatkan Pengurusan Strategik Syarikat di syarikat multinasional telah membantu beliau dalam mengembangkan perniagaan legasi ini ke beberapa cabang perniagaan lain. Dari pengurusan enterprise beliau menaiktaraf ke peringkat sdn bhd juga telah membuktikan beliau seorang yang serius dan komited dalam perniagaan.


Pada peringkat pertama , penambahbaikan didalam pengurusan perniagaan kuah rojak Mak Bee, telah bermula pada tahun 2021 iaitu keseluruhan pengurusan dan operasi perniagaan ini kini dijalankan di 3 buah kilang di Bandar Mergong Alor Setar . Di sini, tahap pengurusan Mak Bee juga telah dipertingkatkan untuk penambahbaikan produktiviti. Dengan adanya penasihat undang undang dalaman dan penasihat korporat , kini syarikat akan berusaha membanteras produk kuah rojak Mak Bee yang “tiruan”.


Kemudian pada penghujung tahun 2021 juga , Mak Bee Mart Cawangan pertama dibuka di Bandaraya Alor Setar bagi mempromosikan produk produk IKS dan bagi membantu peniaga kecil menambahbaik ekonomi mereka. Pada tahun 2023 , Mak Bee Restaurant Cawangan pertama dibuka di Pekan Cina Alor Setar, bagi mempromosikan pelbagai makanan halal cina muslim. Seterusnya Mak Bee Cat Hotel and Spa akan dibuka tidak lama lagi di kawasan Mentaloon Alor Setar. 


Selain berniaga, syarikat legasi ini menitikberatkan kebajikan sosial masyarakat setempat kerana Allahyarhamah Mak Bee sering membantu golongan asnaf tidak kira ugama dan bangsa ketika beliau menjalankan perniagaan kuah rojak ini. Ianya dijadikan contoh dan ikutan kepada legasi seterusnya. Maka Orgnisasi Pertubuhan bukan kerajaan iaitu “Kasih Mak Bee” ditubuhkan bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan.


Kalau hangpa nak follow MakBee, hangpa pi kat fb dia 'Mak Bee Legacy'... rumah aku sentiasa ada kuah rojak ni walau dok KL... Selangor. Malam tadi pun boh dengan mempelam muda dengan CintaKu Ayue Rejaluddin ... piawwww Kedah mari punya kuah rojak #1 Malaysia!


Ahmad H


Kredit info fb Mak Bee Legacy

DAHAGI SINGAPURA

DAHAGI SINGAPURA. KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjad...