Saturday, June 29, 2013

Ustaz Ali Haji Ahmad, meninggal dunia siang tadi.. Isnin 23 Mac 2013. Ulamak besar Kedah.. Guru ku yang amat dikasihi, yang menegur salah silap ku.. Yang mengajar ku Tasawwuf.. Dan memberi kenal kepada aku tentang siapa orang yang tajam mata hati nya.. seperti Wali Allah itu.. Al Fatihah.

Guru mursyid ysng sangat hebat.. Akan saya ceritakan sedikit nanti.. Ianya tak akan menimbulkan riak dsb nya kerana guru ini telah kembali ke Rahmatullah..

Tak bermaya rasa nak mulakan kerja pada hari ini... Nak atur langkah pun dah tak betul... Ya Allah terima lah segala amal Guru ku ini, sesungguh nya kami telah menjadi murid nya dan telah belajar dari nya dengan tekun izinMu.. Untuk mencari serta menjejaki jalan yang diredhaiMu..

Ustaz Ali, 82 tahun, meninggal dunia jam 5.00pm, 25 Mac 2013 di Hospital Alor Setar setelah 1 bulan dirawat. Al Marhum dikebumikan di tanah perkuburan Akar Peluru, Alor Setar, Kedah pada jam 11.00am, Selasa 26 Mac 2013.. Makluman untuk semua anak murid beliau yg jauh dan yg menghargai mujahadah nya.. Al Fatihah. Sumber dari murid kanan.. Tuan Hj Mokhti Qadah

Innalillahi wa'inna ilaihi roji'un.....Tadi Jalan Pegawai jam teruk, ribuan rakyat Kedah mengiringi jenazah Almarhum....Al-Fatihah.

Satu persatu Ulamak Sufi di ambil Allah daripada kita semua... minggu ini sahaja kita kehilangan 2 orang Ulamak Besar... Dr Muhammad Uthman El Muhammad KL dan Ustaz Ali Haji Ahmad Kedah... Semoga ada penggantinya...

InshaAllah... Banyak teguran nya atas saya dulu.. Ditegur nya akan apa yang berlaku semalam.. Minggu sudah dan sebagai nya.. Dibaca nya saya spt buku yg terbuka.. Spt wayang yg diulang tayang..

Mengimbau pertemuan pertama aku dgn Al Marhum Ustaz Hj Ali Hj Ahmad.. Aku bersolat Jumaat di Masjid Al Bukhari Akar Peluru di saf hampir paling hadapan sebelah kiri berhampiran tingkap, 15 tahun lalu. Tetiba ada orang menggenggam belakang bahu kiri ku ketika khatib membaca khutbah.. Aku menoleh ke belakang dgn sedikit marah/terganggu.. Seorang tua di saf belakangku yg sdg tersenyum melihat raut muka masam ku itu menunjukkan ke tingkap ke arah seekor belalang besar yang 'dihalau nya' dari bahu ku.. Padahal aku tak rasa pun ada belalang hinggap. Kalau hinggap pasti aku rasa kerana terjunan belalang adalah kuat dan kuku nya tajam.. Baju ku pula nipis.. Itu lah org yg bakal menjadi Guru ku di minggu berikut nya.. Itu lah Ustaz Ali Ahmad yg ketika itu tak ku kenali, sebab aku bukan nya rajin ikut kuliah Masjid..

Beberapa hari selepas itu, seorang rakanku berkata, "Husni, jom ikut aku mengaji di masjid dgn seorang ustaz. Ni jadual nya ( sambil mengoyak buku nota kecil nya dan terus menulis), nama nya Ustaz Ali... Ajar Tasawwoluf, Fiqh dan Usuluddin. Hang kena beli kitab kitab jawi kuning mcm yg aku punya ni.. Di Pekan Rabu kedai agama ada..beli kaset player boleh rakam sama.. Boleh dengar di rumah nanti kalau tak faham"

Maka selang 2 minggu aku ke kuliah Subuh Masjid Seberang Perak, Tongkang Yard.. Mengaji kitan Minhajul Abidin karangan Imam Ghazali. Alangkah terkejut nya aku bila ustaz yg dimaksudkan itu adalah org tua yg pegang bahu ku tempoh hari tu.. Aku toleh sekeliling, tiada pun kelibat kawanku Mokhti.. Maka aku terus rakam je pengajaran tu tanpa meminta izin guru atau memberi salam, kerana kuliah dah bermula semasa aku tiba jam 6.00am.. Subuh awal waktu tu..

Aku terus mengaji dgn Ustaz Ali dan terus merakam banyak keset selama 2 minggu. Akhir nya Mokhti hadir di kuliah di Masjid Akar Peluru dan kenalkan aku dgn guru. "Ustaz, ni kawan ana nak ikut mengaji, boleh la noooo Ustaz?" Sambil senyum Ustaz Ali angguk dan aku cium tangan nya.. Sebulan selepas tu baru ku sedar, semua rakaman tanpa izin Guru ku ini sekama 2 minggu permulaan, tidak ada suara nya. Bunyi lain semua ada, batuk murid kuliah, bunyi ayam berkokok, motor ramn pepagi yg buat aku bengang dll.. Suara Ustaz Ali tidak ada.... Bila kutanya pada murid kanan.. Disuruh ku rahsiakan utk diri ku saja.... Aku dah syak Ustaz Ali guru mursyid yang kasyaf dan mempunyai banyak karomah. Sangkaan ku itu aku yakin betul.. Ada lagi yg mengejutkan berlaku...

Al Marhum Ustaz Ali pernah berkata semasa satu kuliah Subuh, "Ansk-anak kslau buat salah, adslah kerana kita buat sslah dgn Allah swt.. Jgn betlebihan marah atau menghukum.." Aku dengar dan tulis nasihat itu tsnpa ingatkan apa- apa. Itu pada Subuh hari Jumaat semasa belsjar kitdb Minhajil Abidin karangan Imam Ghazali.
Keesekon nya, Sabtu malam di Masjid Bukhari Akar Peluru pula aku mengikuti pengajian kitab Hikam Ibnu Attaillah dgn Guru yg kukasihi, Ustaz Ali.. Aku datang lewat sedikit dan duduk di belakang dan hanya dapat lihat Ustaz Ali di celah-celah hsmpir 100 murid lainyang duduk mengelilingi nya dalam separuh bulatan.

Masa tu, Ustaz Ali dah 5 minit memulakan pengajian dgn matan hikmah dari kitab telah dibacakan sblm ulasan. Aku tergesa mencari matan berkenaan dlm kitab sambil memasang kaset utk merekod dari pembesar susra di sebelah aku. Tiba-tiba Ustaz Ali menghentikan ulasan matan hikmah dan terus menyebut, teguran pagi sblm nya iaitu, "Anak kalau buat salah, adalah kerana kita terlebih dahulu buat salah kpd Allah swt dan jgn berlebihan hukum anak..."

Kali ini baru aku perasan dan terasa seperti terkena teguran itu dituju kepada aku. Kerana pada Khamis malam Jumaat aku teleh memukul anak lelaki ku yg berusia 6 tahun ketika dia sedang mandi hingga jatuh terlentang dan hampir tercedera akibat sedikit kesalahan dia.

Apabila aku mendongak kepala setelah mendengar teguran Ustaz Ali itu, maka dari celah puluhan orang di hadapan ku yg sedang duduk bersila itu, ku lihat mata Ustaz Ali merenung ke dalam mata ku sbil tersenyum. Jarak antara Ustaz Ali dan aku adalah lebih kurang 30-35 kaki. Tersentak hati ku terkejut, bagaimana Guru ku membaca rahsia di dalam diri aku. Aku bertanya kpd sahabat ku Hj Mokhti yg berada di kuliah sama mlm itu.. Jawab Mukhti ringkas, "tau tak pa, biasa lah kami semua yg lama ni kerap ditegur secara begitu juga.. Kadang tu dari kisah silam juga ditegur.." Bertambah terkejut aku... Guru ku ini rupa nya guru yg kuyakini kasyaf dan cahaya hidayah dlm diri nya amat tersng sehingga dapat membaca rahsia manusia.. Itu antara karomah yg dpt ku lihat.. Sesungguh nya seseorang Wali Allah itu tidak akan mengakui akan diri nya, cuma murid nya alan terlihat sedikit tempias kehebatan itu..

Hidup ku amat kuat dipengaruhi oleh ajaran ajaran Guru ku... Walau aku jarang dapat berjumpa nya sejak meninggalkan Alor Setar merantau bekerja sejak tahun 2002...

Ada rakan menyarankan agar aku bukukan kisah belajar dengan Ustaz Ali... Buku? Tak sampai lah setebal buku kisah ku ini.. Lain lah kalau murid yg bertahun tahun mengumpul cerita dari pengsjian dan pengalanan berterusan.. Tapi saya pula, Ustaz Ali ada kiaskan..."Ada orang belajar banyak-banyak, tapi dapat nya sikit-sikit".. Kata nya lagi, "Ada orang belajar sikit-sikit, tapi dapat nya banyak-banyak', sambil beliau tersenyum memandang murid-murid nya sebelum senyuman terakhir dari nya singgsh kepada ku.. Maka menjeling lah beberapa murid lama nya yang berserban, berjubah dan segala bagai kepada aku yang sering duduk di bekakang dan pakai kemeja putih, kain pelikat dan kopiah putih lusuh sahaja..

Aku sering 'terkena' dengan ramai juga ulamak dan pembesar yang menarik tangan mereka untuk mengelaqk dari dicium oleh aku.. sungguh terkilan dan kecil hati aku apabila penghormatan yang cuba kuberikan dinafikan..

Mungkin, mereka menganggap cium tangan itu terlalu tinggi penghormatan.. hanya selayak anak menantu dan isteri mereka saja mencium nya..

Padahal dalam budaya Islam Arab, biasa lah mencium tangan, baha dan pipi kepada yang dibenarkan kecuali bukan muhrim.

Namun guru ku ini Al Marhum Ustaz Ali tidak pernah menolak dari tangan nya yang lembut mulus dicium oleh anak-anak murid yang dikasihi... Beliau tahu niat ikhlas anak murid yang sayang kepada nya.. Kata nya., "Orang nak cium tak apa lah.. tanda kasih sayang.. kita kena jaga hati orang.. malah binatang pun kita jaga agar tak dianiayai..."

Dalam satu kuliah, kata nya "Satu ketika dahulu Wali Allah Ibrahim Adham sedang tidur di bawah pokok dalam gelap sesudah solat Subuh.. tetiba datang seorang jemaah ke bawah pokok itu dan kencing di situ terus ke atas bahu Ibrahim Adham yang sedang bersandar di pokok berkenaan. Orang itu tidak nampak akan Ibrahim Adham... namun Ibrahim Adham tidak berganjak dan membiarkan saja orang itu kencing hingga puas. Setelah selesai baru lah orang itu sedar bahawa dia telah kencing ke atas seorang ulamak besar.. Kata nya"Maafkan saya tuan, kenapa tak tegur saya tadi..?" Jawab Ibrahim Adham, " Tak mengapa lah, tuan tidak sengaja dan tidak nampak saya tadi.. kalau saya hentikan tuan ianya merbahaya kepada pundi kencing tuan yang sedang mula kencing.." Begitu lah, orang-orang Sufi...

Guru ku mahu kami berusaha lembutkan hati sehingga begitu... kerap kami diajukan cerita Ibrahim Adham berkenaan... Malah Ustaz Ali pernah berpesan, "Kalau nak beri ayam makan, beri lah elok-elok jangan ditebar nasi bersepah di laman... atau kepada kucing,jangan dilontar sisa makanan kepada nya.. letak lah di dalam bekas dengan baik.. mereka pun ada nilai maruah nya.. kalau ayam itu cakar nasi tadi, biar lah itu resmi nya.. tapi kita, beri lah baik-baik.." Banyak lagi petua mengenai semut , nyamuk dll yang tak boleh ku kongsi di sini kerana ianya akan menyebabkan bukan ahli Tasawwuf berpandangan serong jika tidak memahami nya...

Banyak kisah dari Ustaz Ali juga bagaimana Imam Masjid Zahir Alor Setar di zaman 1920an tinggal jauh di Changloon tapi sentiasa sampai tepat masa ke masjid setiap hari walau pun hanya berjalan kaki di dalam hutan. Di zaman tu tak banyak jalan raya... Itu lah golongan para Wali Allah dari kalangan Ahli Tasawwuf...

Ustaz Ali pernah bertanya murid-murud nya, "Sanggupkah kalian membiiarkan nyamuk sekadar seekor dua menghisap darah?" Ujar nya lagi, "Darah sekadar tak lebih 1/4 titik itu ada lah rezeki nya.. Insha Allah tak mati kita dgn sebanyak itu.. Kita sering digigit nyamuk tanpa disedari.. Kalau sedar dibunuh pula"..

Kami juga diajar, dilembutkan hati agar lebih mengasihani sebagaimana Rasul itu kasihkan umat nya. Ketika satu pengajian, ada Mat Rempit melintas berhampiran masjid. Ramai jemaah berasa marah dgn kebisingan ekzos motor berkenaan memecut. Tapi Ustaz Ali sempat memberi satu lagi pengajaran dengan kata nya, "Jangan lah dimarahi atau disumpah anak muda itu sebagaimana lazim org berkata.. Nak mampus dah le tu, tak sayang nyawa dsbnya.. Sebalik nya doakan lah, Ya Allah, lembutkan lah hati anak muda itu, dia tak sedar akan bahaya yg ditempah, dia terbuai keseronokan dunia muda, kalau dia sedar, pasti dia tak buat sebegitu, diaa tak berfikir kalau dia kemalangan mati atau cedera, mak bapak yg dikasihi nya akan amat bersedih.. Ya Allah ber lah petunjuk.. Jgn pula kita maki hamun". 

Dengan penuh senyuman, Ustaz Ali tahu bahawa jiwa kami tersentak dgn ajaran sebegitu.. Oleh itu, adakah wajar Wahabi Arab Saudi mengganggap pengajian Tasawwuf sbg menyimpang dan hanya bertumpu kpd akhirat dan lupa dunua sama sekali.. Sesungguh nya tarikan dunia ini amat lah kuat kerana ujian dunia ini datang nya dari Allah swt jua.. Kata Guru ku, "Tidak lah dapat kita atasi ujian dunia ini dgn izinNya jua sahaja.. Jangan lah kita ingat kita dah cukup kuat dlm tiap sesuatu.. 

Sentiasa lah minta padaNya dalam kita patuh kepadaNya.. Ibarat kita sayangkan anak yang taat, sudah pasti permintaan nya akan cuba kita penuhi.. Malah kalau tak minta pun, kita akan cuba berikan sesuatu... Sudah tentu Allah swt yang Mmaha Pengasih lagi Maha Penyayang lebih teramat hebat pemberian nya kpd hamba yang dikasihi nya.." Kita sentiasa membuka kalam dgn bismillahirrahmanirrahim.. Tapi sekadar sebutan.. Tak merasai penghayatan cinta Allah swt kepada kita.. Tidakkah kita rindu dan cinta juga kepadaNya.. Tidakkah kita mahu menjaga tingkah laku agar Allah swt yang kita cintai tidak murka kepada kita...

terimakasih kerana appreciate garapan yang tak seberapa itu.. Ilmu yg diampaikan melalui Guru Mursyid spt Ustaz Ali amat lah banyak dan beliau berlapik menyampaikannya kerana Ilmu Tasawwuf amat halus.. Is mencangkumi perasaan hati di dalam hati. Makna nya 'sir' hati kecil yang jauh di dalam hato, perasaan dan ilmu yang sangat takam dan sukar dikeluarkan/dizahirkan untuk kita fahami.

Pemahaman dan amalan dari Mengenal Diri ini tidak boleh di buat-buat atau dilakonkan. Ianya akan lahir dari ddalam diri kita dan akhir nya akan terzahir di luaran kita. Ada irg pula, zahir nya hebat berserban, jubah dgn wangian , janggut panjang dsb nya mengikut sunnah tapi keperibadian dan di dalam hati nya tidak lah bersamaan suci nya seperti apa yg dipamerkan utk tontonan ramai. Silap solap luaran nya itu menimbulkan riak pula..

Guru ku berpesan, "Biar lah kita bentuk diri kita dari dalam, cahaya nya Insha Allah akan terpancar apabila kita sudah bersih di dalam yakni kebatinan kita.. Hati di dalam hati.. Walaupun kita jauh dari sesuci hati Rasulullah saw.. Nabi kita beberapa kali dibelah dada dan dicuci oleh malaikat.. Namun sekadar manusia biasa, cahaya nur dapat jua mencapai tahap yg tinggi..

Dosa yg kita lakukan setiap hari akan tertulis di dalam rekod di sebelah kiri kita dan kesan noda hitam perlakuan itu akan terkesan titik hitam di hati dan menutip cahaya iman dari terpancar.. Ibarat kita bekerja, bersukan.. Kesan aktiviti berkenaan akan meninggalkan daki di kolar baju.

Dengan berzikir, noda jitam akan hilang sedikit demi sedikit apabila Malaikat Muqorrabin dgn izin Allah swt akan menghilangkan kesan noda do hati kita.. Cahaya yg terpancar mempunyai banyak keistimewaan nya..

Guru ku seorang yg amat baik akhlak nya..

Pesan nya"Dalam mengaji Tasawwuf jgn pula hanya dok berzikir, solat tak hentisampai tak bekerja mencari rezeki. Dulu di zaman 50-60an saya pun selepas habis waktu mengajar di Maktab Maahad Mahmud Alor Setar, saya nanti 'tarik'(bawa) beca pula, cari rezeki tambahan.. Gaji guru berapa lah sangat dulu nya.. Segan (malu)juga lah, sebab guru yg dimulia bawa beca.. Maka saya pakai topi mengkuang besar dan ikat tepi nya rapat ke pipi untuk tidak dikenali.." Guru ku kuga manusia biasa.. Begitu lah juga kita....

Pernah beliau bercerita, "Dulu saya belajar dgn Mufti Pulau pinang di zaman muda dan beberapa guru lagi memgenai Tasawwuf.. Saya dok di tangga masjid saja.. Belajar sikit sikit, lama lama baru tambah dan cari ilmu dgn lebih rajin.. Jaga zikir.. Jaga ibadat.. Berbuat baik..." Sambil beliau melirik senyuman.. Orh Tasawwuf mmg sentiasa merendahkan diri nya...

Satu perkara yg kami anak anak buah nya amati ialah, Al Marhum Ustaz Ali tidak pernah menanda bahagian mana dari pelbagai kitab yang diajari nya apabila berhenti pada malam pengajaran. Sesatu kitab itu pun ada 3-4 tempat berhenti yg tidak sama bergantung kpd Masjid mana yg diajar.. Makna nya mukasurat berlainan, baris berlainan dan melibatkan banyak kitab dalam seminggu.. Namun apabila hendak mula mengajar, Ustaz Ali akan buka kitab lebih cepat dan tepat mukasurat serta baris berbanding dari kami yg menanda baris serta mukasurat didalam pelbagai kitab.. Itu pun kenkadang kami masih silap.. Ustaz Alitetap yajam mata hati nya dan tak pernah kami lihat silap atau tercari mukasurat kitab Jawi..

Banyak teguran nya atas saya dulu.. Ditegur nya akan apa yang berlaku semalam.. Minggu sudah dan sebagai nya.. Dibaca nya saya spt buku yg terbuka.. Spt wayang yg diulang tayang..

Baru saya tahu apa itu yang dikatakan makrifatullah.. Apa itu hidayah... Apa itu maqam terpuji yg sering kita sebut... Siapakah insan kamil.... Dan betapa tenggelamnya kita di dalam dugaan duniawi.. Dicipta Ilahi jua..


USTAZ AZIZAN yang kukenali..

Beliau mempunyai jiwa kebapaan yang tinggi.. Sekarang beliau masih kritikal di Hospital PPinang dgn kaki dah kudung ke paras lutut.. 2 hari lalu, begitu ramai orang beria ia menyebar khabar angin bahawa xMB Kedah, Ust Azizan dah mati.. Kasihan insan tokoh pendidikan ini yg dah berjasa membangunkan Insaniah sehingga menjadi Universiti dan Kolej Sains Pulau Tuba walau baru sepenggal menjadi Master Chef Kedah..

Ini kisah yang aku janji nak cerita.. Ayah aku, Dato' Paduka Hj Ahmad Basri, Pengurus bola Kedah yg dikenali ramai, meninggal dunia pada 15 Julai 2008... Ustaz Azizan adalah antara orang pertama yang sampai ke rumah Ibu ku dan mengarahkan agar ruang disusun bersesuaian utk dikunjungi ramai orang, dan gambar yg tak bersesuaian agar diturunkan dari dinding. Terpegun adik adik aku dgn kunjungan itu.. Kemudian baru lah MB Kedah ini ke hospital melihat jenazah bapa aku yang masih di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.. Aku pula masih di Mesir dan sedang berusaha mencari flight pulang ke Kedah.. Sungguh prihatin MB Kedah ini, walaupun Ayah aku adalah orang UMNO..

Satu kisah lagi berlaku di tahun 2010... MB Kedah dan beberapa EXCO termasuk pegawai kanan Kedah Civil Services, serta pengurusan Insaniah berkunjung ke Jeddah dari Mesir. Ada di kalangan rombongan nya adalah org UMNO kawan Ayah aku yg telah bisikkan kpd Ustaz Azizan bahawa anak Dato Basri ada bekerja di Jeddah.. Maka aku ditelefon oleh seorang staf konsulat bahawa MB Kedah nak jumpa aku..

Bila mengadap Ustaz Azizan ketika beliau sedang mempengerusikan mesyuarat, maka beliau bertanya aku, "Mak dan adik adik ok ka di Aloq Setaq? Rumah mak tu mungkin diambil utk besarkan jalan Sultanah, kalau terpaksa diambil, jangan lah marah.. Pampasan akan dikira sebaik mungkin. Dok balik Aloq Setaq dak? Balik noo, jengok jengok.. Ayah dah tak dak.. Tak pa, mai dok, saya nak tanya bab pelancongan.. Awat Arab banyak di Langkawi saja.. Apa usaha yang Kerajaan Negeri boleh bantu untuk Arab mai Tanah Besar Kedah.. Aloq Setaq Gunung Jerai dll..."

Terpegun kakitangan konsulat melihat seorang bergelar YAB MB Kedah menghentikan mesyuarat utk bertanya hal kpd seorang anak Kedah yang dianggap semua nya macam anak anak dia juga..

Ustaz Azizan mmg mulia akhlak nya.. Dan mmg dia keras sikit.. Org Kedah kata perongoih sikit.. Elok la tu.. Kalau lembik sgt org boleh pijak kepala.. Takut bini atau biar anak menantu balun projek...

Kini Ust Azizan bukan lagi MB... Malah bergelut antara hidup mati.. Kaki dah kudung sampai paras lutut.. Tak boleh dah nak berjalan sendiri mcm dulu.. Itu pun jika sembuh..

Doakanlah agar Allah swt mekanjutkan usia beliau.. Kini rakyat Kedah dah sedar betapa murni nya hati para ulamak yg ikhlas bekerja untuk rakyat. Sanggup Ust Azizan memberi nasihat kepada Mukhriz yg masih muda.. Demi agama bangsa dan negara..

Doa aku adalah untuk semua kita rakyat Malaysia.. Berlaku adil lah sesama kita.. Ingat lah hidup ini hanya sementara..

Sekian.. Terimakasih kerana membaca..


Artikel ini telah ku tulis di dalam fb pada 13 Mei, 2013 dan mendapat hamper 8,000 like dan dikongsi oleh berpuluh-puluh website…

DAHAGI SINGAPURA

DAHAGI SINGAPURA. KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjad...