Monday, August 23, 2010

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar najis

2010/08/23
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di sini telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu. Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu. Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia.
Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam.

Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di sini.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu. - BERNAMA
--------------------------------------------------------------
Persoalan: Kenapa Polis Indonesia tidak meleraikan demonstrasi jalanan dengan menggunakan 'water cannon' atau gas pemedih mata? Adakah SBY sebenar nya merestui provokasi berterusan sebegini untuk mencemarkan maruah Malaysia sebagai tetamu di Tanah Jawa???

Thursday, August 19, 2010

Jangan terlalu berani mencabar

Sunday, 15 August 2010
Jangan terlalu berani mencabar
Mingguan Malaysia 15 Ogos 2010

Kolumnis ultra kiasu The Centre for Policy Initiative (CPI), dalam artikel terbarunya minggu lalu, berulang kali menyebut nama saya. Artikel kontroversinya turut mengundang laporan polis oleh Perkasa. Saya hanya ketawa kecil membaca artikel tersebut kerana ternyata kolumnisnya amat jahil dalam memahami sejarah dan kehidupan bernegara, apatah lagi untuk memahami perlembagaan.

Beliau yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Saya cadangkan beliau berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke barat, kerana di sana lebih banyak ‘kebebasan’ untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.

Nak kata beliau bangga dengan keturunannya, tidak juga, sebab beliau lebih gemar menggunakan nama Mat Salleh walaupun matanya begitu sepet. Beliau membuat analogi sampahnya melalui permainan bolasepak semata-mata untuk menghina Islam dan Melayu. Nasihat saya, tidak payah berbelit-belit kerana ia menampakkan kedangkalan ilmu beliau. Beliau begitu anti Melayu dan Islam.

Ternyata beliau amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apakah beliau tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu beliau masih tidak berpuas hati. Beliau mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah iatu dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Saya cadangkan beliau supaya membawa ideanya itu ke negara barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang beliau mahu terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan beliau akan ‘dibakul sampahkan’ sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya. Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah tidak bersyukur?

Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid kebanyakannya dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara. Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah beliau masih buta mata hatinya? Jangan pulak kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.

Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak seberapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.

Ketika Perlembagaan digubal, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas beliau dan ultra kiasu yang lain.

Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jamaah. Itupun masih dipertikaikan.

Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Beliau tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya. Sekiranya inipun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah lagi? Beri betis nak peha. Satu sahaja yang saya pinta agar beliau dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.

Cuba siasat silibus mata pelajaran di negeri China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?

Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh beliau terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh species sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.

Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu diMalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini? Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?

Beliau tidak perlu menghantar ‘anak’nya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran ‘anak’ beliau tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja ‘anak’nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut. Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.

Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah perlembagaan, jangan jadi jahil.

Beliau juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah beliau tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu beliau yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Janganlah terlalu berani mencabar.

Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.

Beliau tidak perlu mengambil kes Susie Teoh, Banggarma dan Azlina Jailani (Lina Joey) untuk dijadikan isu. Kes mereka ini agak rumit disebabkan oleh perancangan jahat tangan di belakang dan orang seperti beliau. Islam tidak benarkan seseorang itu setelah memeluk Islam, keluar sewenang-wenang ibarat kedai kopi. Inilah yang membezakan antara Islam dengan agama beliau. Lagipun kita tidak pernah memaksa bukan Islam memeluk Islam. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka tidak boleh boleh keluar sesuka hati. Kehormatan Islam mesti dipelihara baru ada beza dengan beliau. Jika tidak Islam sama sahaja dengan agama lain. Beliau sebut sahaja tiga isu murtad ini, saya sudah dapat tangkap niat jahat di sebalik perkara ini dibangkitkan.

Umat Islam menghalang Azlina Jailani murtad kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan perkara 160 (2) mengenai definisi Melayu dan Islam. Azlina bukan lagi Melayu setelah keluar Islam sebab Melayu mesti beragama Islam mengikut perlembagaan. Maknanya, Lina sudah tidak ada bangsa. Maka dia sudah tidak layak bermukim di bumi tercinta ini sebab bangsanya telah tiada.

Beliau juga mengambil berat tentang adik saya yang turut memeluk Islam. Terima kasih. Adik saya memeluk Islam kerana beliau banyak mengkaji Islam selain daripada melihat contoh abangnya seperti saya. Oleh kerana adik saya tidak anti Islam, beliau sanggup duduk dalam kelas untuk belajar agama Islam kerana minat yang amat mendalam terhadap Islam. Pada saya elok juga beliau dan sekutunya belajar sedikit tentang agama majoriti ini untuk mengelakkan salah faham, daripada terus menyakitkan hati orang Islam dan menghina Islam.

Cuba kita bandingkan bagaimana keadaan orang Islam yang tinggal di kawasan majoriti bukan Islam. Toleransinya amat tinggi. Umat Islam tidak menimbulkan masalah kepada bukan Islam, kecuali haknya diambil dan mereka ditindas, seperti yang berlaku di Selatan Thai, Filipina dan Palestin. Melayu Islam di Singapurapun tidak bising-bising walaupun tanahair mereka dirampas. Mereka duduk diam-diam sahaja, walaupun hak Islam dan Melayu mereka semakin hari semakin dicabut dan terhakis serta dicairkan oleh orang sekutu beliau.

Lihatlah toleransi kita di sini. Pada saya kerana Melayu memeluk Islam 600 tahun lalulah yang menyebabkan orang bukan Islam boleh hidup senang-lenang di bumi bertuah ini. Nilai-nilai Islam mengajar orang Melayu supaya menjaga hak bukan Islam dan jangan menganiayai mereka. Andainya orang Melayu tidak memeluk Islam, apakah nasib bukan Melayu akan menjadi seperti umat Islam di negeri China atau di India, yang begitu tertindas dan teraniaya? Sebenarnya Islamlah yang melembutkan hati orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu di negara ini. Justeru, janganlah kedudukan Islam itu diungkitkan dan disalahkan kerana ia amat menghiriskan hati kami.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

Saturday, August 07, 2010

Madinah 1938


Madinah & Makkah kini di negara Saudi (sebelum nya Hijaz) bukan lah negara yang kaya raya.. Semua nya berubah apabila minyak dijumpai oleh California Oil Company iaitu syarikat milik Amerika Syarikat.

Tarawih Sendirian atau Tarawih Jamaah?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan datang. Di bulan Ramadhan, Rasulullah saw menganjurkan agar kita menghidupkan malamnya. Adakah kita hendak bertarawih di masjid atau di rumah saja??? Kenapa Nabi Muhammad s.a.w. hanya 3 kali saja berterawih secara jemaah di masjid??? Padahal rumah Nabi kita terletak kembar dengan masjid?

Imam an-Nawawi, di dalam penjelasan terhadap shahih Muslim mengatakan, “Yang dimaksud dengan qiyamu Ramadhan adalah shalat tarawih dan ulama telah sepakat bahwa shalat tarawih hukumnya mustahab (sunnah).”.

Ibnu Hajar, di dalam kitab Fathul Bari, memperjelas kembali tentang hal tersebut: “Maksudnya bahwa qiyamu Ramadhan dapat diperoleh dengan melaksanakan shalat tarawih. Namun begitu, bukan maksudnya bahawa yang dimaksud dengan qiyamu Ramadhan hanya dapat diperoleh dengan melaksanakan shalat tarawih saja.”

Rasulullah saw telah memberikan contoh kepada kita dalam pelaksanaan shalat tarawih ini. Namun setelah berjalan tiga malam, beliau membiarkan para sahabat melakukan tarawih secara sendiri-sendiri, sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis dari A’isyah ra.

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِِ أَوِ الرَّابِعَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ: قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ، وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوْجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيْتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ. وَذَلِكَ فِيْ رَمَضَانَ

“Sesungguhnya Rasulullah saw pada suatu malam shalat di masjid lalu para shahabat mengikuti shalat beliau, kemudian pada malam berikutnya (malam kedua) beliau shalat maka manusia semakin banyak (yang mengikuti shalat Nabi saw), kemudian mereka berkumpul pada malam ketiga atau malam keempat. Maka Rasulullah saw tidak keluar pada mereka, lalu ketika pagi harinya beliau saw bersabda: ‘Sungguh aku telah melihat apa yang telah kalian lakukan, dan tidaklah ada yang mencegahku keluar kepada kalian kecuali sesungguhnya aku khawatir akan diwajibkan pada kalian,’ dan (peristiwa) itu terjadi di bulan Ramadhan.” (Muttafaqun ‘alaih)


Berdasarkan af’al (tindakan) nabi tersebut, para ulama’ menyimpulkan bahwa tarawih itu adalah sunnah. Di zaman Khalifah Umar saja, khalifah berkenaan menjadikan Tarawih berjamaah itu satu rutin setiap malam di Masjid Nabawi. Terbawa pula hingga ke zaman ini.

Demikianlah fakta sejarah, sejak zaman Rasulullah saw. hingga kini, umat Islam secara turun temurun mengamalkan anjuran Rasulullah ini. Tetapi sayang, setelah beliau wafat, dalam melaksanakan sunnah ini terdapat perbedaan di beberapa hal yang kadang mengganggu ikatan ukhuwah di kalangan umat.

Kupasan mengenai apa yang berlaku di zaman Omar adalah seperti berikut. Ketika Umar bin Khathab menjadi Khalifah, ia menyaksikan kaum muslimin melaksanakan shalat tarawih di Masjid Nabawi secara terpisah-pisah. Ada di antara mereka yang berjama’ah, tetapi ada pula yang shalat sendiri-sendiri. Lalu terbersit di benak Umar untuk menyatukannya.Umar memerintahkan Ubay bin Kaab dan Tamim ad-Dari untuk memimpin para sahabat melaksanakan shalat tarawih secara berjamaah. ‘Aisyah menceritakan kisah ini seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Antara Berjama’ah atau Sendirian

Memang, setelah Rasulullah saw shalat tarawih di masjid selama tiga hari, beliau selanjutnya shalat tarawih sendiri di rumah beliau. Tindakan itu, sebagaimana sudah dijelaskan oleh Rasulullah sendiri, adalah agar tidak memberatkan kaum muslimin. Sebab apabila beliau melakukannya terus menerus, maka akan difahami sebagai sebuah kewajiban.

Berkaitan dengan tindakan Rasulullah tidak melanjutkan shalat bersama kaum muslimin ini maka para ulama’ berbeda pendapat. Setidaknya ada dua pendapat dalam masalah ini:
Pendapat pertama; Shalat Tarawih lebih utama dilaksanakan secara berjamaah di masjid. Imam an-Nawawi menyebutkan bahwa ini adalah pendapat Imam asy-Syafi’i dan sebagian besar sahabatnya, juga pendapat Abu Hanifah dan Imam Ahmad, serta sebagian pengikut Imam Malik dan lainnya. Pendapat ini merupakan pendapat mayoritas ulama dan pendapat ini pula yang dipegang Syaikh Nashiruddin Al-Albani, beliau berkata: “Disyariatkan shalat berjamaah pada qiyam bulan Ramadhan, bahkan dia shalat tarawih dengan berjamaah lebih utama daripada dilaksanakan sendirian…”

Pendapat kedua, yang utama adalah dilaksanakan sendiri-sendiri.
Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Malik dan Abu Yusuf serta sebahagian juga dari pengikut Imam Asy-Syafi’i.

Hujah yang membawa kepada percanggahan pendapat tersebut adalah sebagai berikut:

1- Hadits yang diriwayatkan dari ‘Aisyah ra di atas: Di dalam hadis yang panjang tersebut ada ungkapan;

فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ

Maka para shahabat shalat bersama dengan shalat beliau Rasulullah s.a.w.

Ungkapan ini ada membawa maksud bahawa para shahabat pada ketika itu solat berjama’ah bersama Rasulullah saw.

2. Hadits Abu Dzar ra beliau berkata, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا صَلَّى مَعَ اْلإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

“Sesungguhnya seseorang apabila shalat bersama imam sampai selesai maka terhitung baginya (makmum) qiyam satu malam penuh.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Hadits ini dinyatakan sebagai hadis shahih oleh Syaikh Al-Albani di dalam Shahih Sunan Abi Dawud. Berkenaan dengan hadits di atas, Imam Ibnu Qudamah di dalam kitab al-Mughni mengatakan: “Dan hadits ini adalah khusus pada qiyamu Ramadhan (tarawih).” Adakah itu pendapat Imam Ibnu Qudamah sahaja?? ..atau ada disabdakan oleh Nabi?? Mana hadis yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. suruh kita solah Tarawih berjemaah?

Syaikh Al-Albani berkata: “Apabila permasalahan mengenai shalat (tarawih) yang dilaksanakan pada permulaan malam secara berjamaah dengan shalat (yang dilaksanakan) pada akhir malam secara sendiri-sendiri maka shalat (tarawih) dengan berjamaah lebih utama karena terhitung baginya qiyamul lail yang sempurna.”

3- Perbuatan ‘Umar bin Al-Khatab dan para shahabat yang menyokongnya juga diambil kira oleh para ulamak selepas zaman Khulafak Ar Rasyidin. Kisah nya, "Ketika ‘Umar bin Al-Khatab melihat manusia shalat di masjid pada malam bulan Ramadhan, maka sebahagian mereka ada yang salat sendirian dan ada pula yang shalat secara berjamaah kemudian beliau mengumpulkan manusia dalam satu jamaah dan dipilihlah Ubay bin Ka’b sebagai imam solat Tarawih".

Adapun Dalil pendapat kedua:

1- Hadits dari Zaid bin Tsabit yang menceritakan bahwa Rasulullah saw tidak shalat tarawih di masjid, lalu beliau menjelaskan persoalannya dan bersabda:

فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ فِي بُيُوتِكُمْ فَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ صَلَاةُ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا الْمَكْتُوبَةَ

Wahai manusia, shalatlah di rumah kalian! Sesungguhnya shalat yang paling utama adalah shalatnya seseorang yang dikerjakan di rumahnya kecuali shalat yang diwajibkan.” (al-Bukhari)
Berdasarkan hadis inilah mereka berpendapat bahwa shalat tarawih yang dilaksanakan di rumah dengan sendiri-sendiri dan tidak dikerjakan secara berjamaah lebih utama.

2. Atsar yang diriwayatkan oleh Abdurrahman bin Abdul Qari, ketika Umar menyatukan shalat tarawih dalam satu jama’ah, lalu Umar mengatakan,

وَالَّتِي يَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنْ الَّتِي يَقُومُونَ يُرِيدُ آخِرَ اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ

Dan (mereka) yang tidur dengan meninggalkan jamaah tarawih adalah lebih utama dari yang melaksanakannya secara berjama’ah (di masjid), karena ia menginginkan shalat di akhir malam. Tetapi orang-orang memilih untuk melaksanakan tarawih di awal malam dengan berjama’ah.. (al-Bukhari)

Berdasarkan penjelasan dan argumentasi masing-masing pendapat, kita dapat melihat bahawa ada percanggahan pendapat yang menganggap masing-masing pendapat ada kelebihan. Pendapat pertama memiliki beberapa kelebihan, antara lain;

1. Nilai shalat berjama’ah. Di sini pun berlaku hadis yang menerangkan keutamaan shalat berjama’ah, dilipatgandakan 25 kali lipat.

2. Shalat Tarawih bila dilaksanakan secara berjama’ah akan menampakkan syi’ar Islam. (Itu pendapat yang menyokong Tarawih berjamaah. Solat wajib setiap hari di masjid juga menampakkan syiar Islam. Tarawih bukan solat wajib, maka Nabi tak mahu membebankan umat Islam dengan menjadikan nya seolah-olah mesti berjamaah atau lebih baik berjamaah di masjid).

3. Karena shalat berjamaah yang dipimpin seorang imam lebih mendorong semangat bagi umumnya kaum muslimin.

Sedangkan pendapat kedua juga percaya mereka memiliki kelebihan; yaitu keutamaan ibadah di akhir malam, sebagaimana dijelaskan di dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah;

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Rabb kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, lalu berfirman, “Siapakah yang berdo’a kepadaKu maka akan aku kabulkan baginya. Siapa yang meminta kepadaKu akan Aku berikan kepadanya. Siapa yang memohon ampunan kepadaKu maka akan aku ampuni dia (Muttafaq ‘alaih)

Ini bagi mereka yang menerima hadis riwayat dari Abu Hurairah. Umat Islam yang menyokong perjuangan keluarga Nabi Muhammad s.a.w. di zaman Khalifah Ali bin Abi Talib Karamallah Wajhah menentang Penguasa Syria iaitu Mu'awiyah bin Abu Sufyan telah menolak kredibiliti Abu Hurairah di dalam menghimpun hadis kerana Abu Hurairah dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Mu'awiyah dan hadis yang disampaikannya diragui kerana dilihat sering menyebelahi Mu'awiyah di dalam permasalahan kemelut politik antara Mu'awiyah dan Saiyidina Ali.Malah Abu Hurairah dikuburkan di Souq Hamidiah tidak jauh dari kubur Mu'awiyah di Perkuburan Bab Saghir, Damascus, Syria.

Pendapat ada mengatakan, jika kita ingin mencari keutamaan yang paling baik, maka shalat tarawih secara berjama’ah pada sepertiga malam terakhir (iatu dalam jam sekitar bermula 2.45am-3.00am hingga masuk waktu solat Subuh (Fajar). Tetapi cara seperti ini tentu sangat berat untuk dilakukan oleh kaum muslimin. Jangankan bangun untuk qiyamul lail, untuk makan sahur saja terkadang terlambat... malah ada yang terlepas.

Kita perlu faham bahawa Islam bukanlah agama yang mengajarkan kesulitan. Tetapi jika mampu melakukan suatu amalan yang mengandung kesulitan, maka Allah boleh memberikan keutamaan. Itu hak Allah swt sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa... Namun jika tidak sanggup, maka harusnya kita mencari kautamaan lain yang lebih mudah untuk dicapai.

Bila untuk melaksanakan shalat Tarawih dengan berjama’ah pada sepertiga malam terakhir adalah sebuah kesulitan, maka Rasulullah pun memberikan jalan keluar, bahwa tarawih dengan berjama’ah meski di awal malam, apabila dari awal hingga akhir dilakukan bersama dengan imam, juga memiliki keutamaan sebagaimana telah melsanakan qiyamul lail secara sempurna, sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah di dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar di atas.

Kita tidak boleh taksub mazhab di dalam mencari apakah cara yang paling hampir kepada ibadat Rasulullah s.a.w. Sudah lebih 14 abad Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan kita.. Imam as-Syafie pernah menyebut "Kalau sahih hadis itu maka itulah mazhabku. Kalau ada pendapatku yang bertentangan dengan al-Quran dan As Sunnah yang sahih, buanglah pendapatku itu. Mungkin ada yang tidak kuketahui".

Sesungguhnya,bersolat tarawih secara bersendirian ini adalah dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. masih hidup dan kekal sehingga lah pada zaman ‘Umar al Khattab ianya diubah. Iaitu apabila Omar mengumpulkan orang ramai untuk mengerjakan solat tarawih ini secara berjemaah. Daripada ‘Abdul Rahman bin ‘Abdul Qari yang berkata: Pada satu malam di bulan Ramadan aku keluar bersama ‘Umar al-Khaththab r.a ke masjid. Di dapati orang ramai berselerakan. Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya. ‘Umar berkata: “Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik.” Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan oleh) Ubai bin Ka’ab. Kemudian aku keluar pada malam lain, orang ramai bersolat dengan imam mereka (yakni Ubai bin Ka’ab). Berkata ‘Umar: “Sebaik-baik bidaah adalah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya no: 2010

Disimpulkan bahawa, solat Tarawih berjemaah ini sememangnya bidaah dan Khalifah Omar sendiri memang mengakuinya. Memang mereka lihat sendiri, Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w. tidak menjadikan nya solat jamaah (sempat 3 kali sahaja orang Madinah ikut di belakang sebagai makmum) sebelum Rasulullah s.a.w. solat sendirian Tarawih itu terus sehingga akhir hayat Baginda. Namun ada hujah-hujah para sahabat yang mengajak agar umat Islam berbuat sebalik nya.. Alasan nya ada dinyatakan terdahulu.

SUJUD --> dahi, dahi +hidung, atau hidung saja (+ 2 tapak tangan, 2 lutut, 2 perut jari tapak kaki)?

Tadi saya solat Maghrib di satu masjid di Jeddah. Ada seorang Arab tegur saya, kata nya solat tak sah kalau sujud tak kena hidung. Saya kata, adakah sunat.. Dia kata wajib. Maka saya membuat rujukan bahawa hidung itu kalau kena masa sujud amat lah baik, tetapi tidak pula merosakkan sujud jika dahi sudah kena dengan baik pada lantai... Adakah fahaman di Saudi dikira wajib hidung turut kena ke lantai? Bagi hidung Arab mudah lah... bagi hidung orang Asia atau Afrika bukan semua hidung mancung macam Arab... Kalau hidung rendah nak dikenakan ke lantai, bahagian kening saja yang dapat mencecah, bukan dahi.. silap-silap mulut sekali kena ke lantai kalau bibir tebal..

Apa makna sujud? Apa hukumnya?

Sujud bermaksud meletakkan dahi di atas tempat sujud. Sujud adalah wajib di dalam solat. Tidak sah solat tanpa sujud. Sujud yang diwajibkan di dalam solat ialah dua kali pada setiap rakaat dengan diselangi oleh duduk. Dalil kewajipan sujud ini ialah sabda Nabi s.a.w. (tatkala mengajar seorang lelaki yang salah dalam melakukan solat); “….Kemudian hendaklah kamu sujud sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan sujud, kemudian kamu bangkitlah dari sujud sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan duduk, kemudian kamu sujud kembali sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan sujud…”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Apakah anggota-anggota yang terlibat semasa sujud?

Sabda Nabi s.a.w.; “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Berdasarkan hadis ini, anggota sujud hendaklah merangkumi;
1. Dahi
2. Dua tangan
3. Dua lutut
4. Dua kaki

Ketika sujud, wajib ke semua tujuh anggota di atas diletakkan di atas lantai. Bagi dahi, memadai meletakkan sebahagian dahi sahaja di atas lantai. Bagi tangan yang dikira ialah tapak tangan dan bagi kaki pula ialah perut-perut anak jari kaki. Memadai dengan meletakkan sebahagian sahaja dari perut-perut anak jari kaki itu. Jika seseorang itu sujud di atas belakang tangan atau belakang anak-anak jari kakinya, tidak sah sujudnya.

Adakah hidung juga wajib diletakkan di atas lantai ketika sujud?

Terdapat khilaf di kalangan ulamak;
Pertama; menurut Imam Ahmad; dahi dan hidung wajib diletakkan di atas lantai ketika sujud. Tidak cukup hanya dahi sahaja atau hanya hidung sahaja. Beliau berdalilkan hadis di atas di mana Nabi turut menunjukkan kepada hidungnya tatkala menyebutkan tentang dahi sebagai salah satu angota sujud. Selain itu ia berdalilkan juga hadis dari Abu Humaid as-Sa’idi yang menceritakan; “Nabi tatkala sujud, baginda menekan hidung dan dahinya ke tanah, menjauhkan dua tangan dari rusuknya dan meletakkan dua tapak tangan setentang dua bahunya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dan Abu Daud. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh). Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; Nabi telah melihat seorang lelaki menunaikan solat. Ia sujud tanpa meletakkan hidungnya di atas tanah. Lalu Nabi berkata kepadanya; “Letakkan hidungmu (ke tanah) supaya ia sujud bersamamu” (Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan).
Kedua; menurut mazhab Syafi’ie dan Malik; yang wajib ialah meletakkan dahi sahaja. Adapun meletakkan hidung –di samping dahi- adalah sunat, tidak wajib. Sah sujud jika seseorang meletakkan dahinya sahaja di atas lantai tanpa meletakkan hidungnya. Bagi pandangan ini, hadis-hadis di atas menunjukkan kepada galakan, bukan kewajipan.
Ketiga; menurut Imam Abu Hanifah; boleh memilih sama ada hendak meletakkan dahi atau hidung di atas lantai. Bagi pandangan ini, isyarat Nabi kepada hidung tatkala menyebutkan dahi dalam hadis di atas ialah untuk menunjukkan keharusan memilih antara dahi atau hidung semasa sujud.

Adakah wajib semua anggota sujud di atas didedahkan (tanpa berlapik)?

Anggota-anggota sujud selain dahi telah sepakat para ulamak menyatakan tidak wajib didedahkan. Yang dituntut hanyalah meletakkannya di atas tanah/lantai. Oleh itu, harus seseorang menunaikan solat dengan memakai sarung tangan atau stokin. Adapun dahi, maka ia terdapat khilaf di kalangan ulamak;
Pertama; pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; dahi wajib didedahkan dan mengenai secara lansung tempat sujud (tanpa ada penghadang). Tidak sah sujud jika semua bahagian dahi berlapik sehingga tidak ada sedikitpun darinya yang terdedah dan mengenai tempat sujud secara langsung. Termasuk tidak sah ialah lapik dari pakaian yang dipakai ketika solat. Oleh demikian, tidak harus seseorang sujud di atas kain serban yang dipakainya atau di atas lengan bajunya atau di atas kain telekungnya atau benda-benda lain di badannya yang mengikuti pergerakan badannya.
Kedua; pandangan jumhur ulamak (termasuk Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad); dahi sama seperti anggota-anggota sujud yang lain iaitui tidak wajib didedahkan. Yang dituntut hanyalah meletakkannya di atas tempat sujud. Oleh itu, bagi jumhur ulamak, tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu sujud di atas kain serbannya atau kain telekungnya. Mereka berdalilkan hadis dari Anas bin Malik r.a. yang menceritakan; “Kami mengerjakan solat bersama Rasulullah s.a.w. ketika panas yang bersangatan. Apabila sesiapa dari kami tidak dapat meletakkan dahinya di atas tanah kerana panas, ia bentangkan pakaiannya dan sujud di atasnya”. (Riwayat Imam Muslim).
(Dalail al-Ahkam, 1/ 298-299).

Tatkala turun sujud, mana dulu yang perlu di letakkan di atas lantai; tangan atau lutut?

Perkara ini juga terdapat khilaf di kalangan ulamak;
Pertama; menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Imam Abu Hanifah, Syafi’ie dan Imam Ahmad); disunatkan turun sujud dengan mula meletakkan dua lutut, diikuti dua tangan dan akhirnya muka atau dahi. Ini berdasarkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. yang menceritakan; “Aku telah melihat Nabi apabila sujud, baginda meletakkan dua lututnya sebelum dua tangannya dan apabila bangkit dari sujud, baginda mengangkat dua tangannya (terlebih dahulu) sebelum dua lututnya” (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Kedua; pandangan sebahagian ulamak (antaranya Imam Malik dan al-Auza’ie); sunat mendahulukan dua tangan dari dua lutut tatkala turun sujud. Ini berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Jika seseorang dari kamu sujud, janganlah ia berteleku sebagaimana telekunya unta, sebaliknya hendaklah ia meletakkan dua tangannya terlebih dahulu sebelum dua lututnya” (Riwayat Abu Daud, at-Nasai dan Ahmad dari Abu Hurairah r.a.). Begitu juga, berdalilkan hadis dari Nafi’ yang menceritakan bahawa Ibnu ‘Umar r.a. semasa sujud, beliau meletakkan dua tangannya sebelum dua lututnya. Kata beliau (yakni Ibnu ‘Umar); “Nabi telah melakukan sedemikian” (Riwayat Imam al-Hakim, Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi dengan sanad yang soheh. Lihat; Zadul-Ma’ad, 1/228)

Bagaimana cara sujud yang sempurna?

1. Ketika hendak turun sujud, ucapkan takbir tanpa mengangkat tangan.
2. Ketika sujud, dua tangan hendaklah diletakkan di atas lantai setentang dengan bahu atau telinga, dahi dan hidung hendaklah diletakkan di atas tanah dengan menekannya. Dari Abu Humaid as-Sa’idi menceritakan; “Nabi tatkala sujud, baginda menekan hidung dan dahinya ke tanah, menjauhkan dua tangan dari rusuknya dan meletakkan dua tapak tangan setentang dua bahunya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dan Abu Daud. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh). Wail bin Hujrin r.a. (tatkala menceritakan sifat solat Nabi) beliau menceritakan; “….tatkala sujud, nabi meletakkan dua tangannya setentang dengan dua telinganya” (Riwayat Imam Ahmad).
3. Jari-jari dilepaskan menghala ke kiblat dalam keadaan dirapatkan antara satu sama lain. Wail bin Hujrin r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. tatkala ruku’ baginda merenggangkan antara jari-jarinya dan tatkala sujud baginda menghimpunnya (yakni merapatkannya)” (Riwayat al-Hakim).
4. Kedua-dua siku diangkat dari tanah (yakni jangan meratakannya di atas tanah) dan dijauhkan dari dua rusuk (yakni tidak merapatkannya ke rusuk). Sabda Nabi; “Apabila kamu sujud, letaklah dua tapak tanganmu di atas lantai dan angkatlah dua sikumu (yakni jangan menghamparnya di atas tanah)” (Riwayat Imam Muslim dari al-Barra’). Sabda Nabi s.a.w. juga; “Sempurnakanlah sujudmu. Dan janganlah seseorang kamu menghamparkan dua tangannya (dari tangan hingga siku) seperti hamparan anjing (yakni; meletakkan kedua-dua tangan dan siku di atas tanah/lantai umpama anjing tidur)” (Riwayat Imam Muslim dari Anas r.a.). Menjauhkan tangan dari rusuk adalah berdasarkan hadis at-Tirmizi tadi dan juga hadis dari Buhainah r.a. menceritakan; “Nabi semasa menunaikan solat tatkala sujud, baginda memisahkan antara dua tangannya (dari rusuknya) hingga nampak putih dua ketiaknya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim/Bulugul-Maram).
5. Jari-jari kaki hendaklah dilipatkan menghala ke arah kiblat. Abu Humaid as-Sa’idi r.a. tatkala menceritakan sifat solat Nabi s.a.w. beliau menjelaskan; “….Ketika sujud Nabi meletakkan kedua tangannya ke bumi tetapi lengannya tidak dihamparkan dan tidak pula dirapatkan ke rusuk dan hujung jari kakinya dihadapkan ke arah qiblat” (Riwayat Imam al-Bukhari).
6. Ketika melakukan sujud wajib tomaninah dengan pengertian yang telah diterangkan terdahulu.
7. Ketika sujud disunatkan membaca zikir-zikir yang warid dari Nabi terutamanya tasbih. Begitu juga digalakkan banyak berdoa ketika berada di dalam sujud. Sabda Nabi s.a.w.; “Sehampir-hampir seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia sedang sujud. Oleh demikian, perbanyakkanlah oleh kamu sekelian berdoa (ketika sujud)” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Adakah harus membaca al-Quran semasa sujud?

Tidak harus kerana Nabi s.a.w. menegahnya dengan sabdanya; “Ketahuilah! Sesungguhnya aku dilarang membaca al-Quran ketika ruku’ atau sujud. Adapun di dalam ruku’, maka hendaklah kamu agungkan Tuhan kamu. Sementara di dalam sujud, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berdoa, nescaya doamu pasti akan diperkenankan” (Riwayat Imam Muslim).

Thursday, August 05, 2010

Ilmu...

Seseorang yang berjaya dan bahagia dalam hidupnya dapat diketahui menerusi tanda-tanda seperti berikut:-

1. Jika ilmunya semakin banyak maka ia menjadi semakin tawaduk dalam hidup ini.

Ia sedar ilmu bahawa ilmu adalah anugerah Alllah. Dengan anugerah tersebut Alllah mengujinya. Apakah ia mampu bersyukur dan memanafaatkan ilmunya itu dengan sebaik-baiknya, maka Alllah akan meninggikan darjatnya di sisiNya.

2. Bila amalannya semakin banyak, dia semakin hati-hati dalam beramal.

Ia kuatir kalau-kalau kakinya tergelincir kepada dosa, ucapannya terpesong sehingga mencerminkan dirinya sombong. ATAU ucapannya itu akan mengganggu orang lain. Ia selalu mengingat dirinya dan waspada terhadap bahaya yang datang akibat perbuatanya dirinya sendiri.

Ia umpama bagai seekor burung yang selalu berhati-hati. Tiap kali burung itu hinggap di atas pokok, ia akan meniti dari ranting ke ranting lain kerana kuatir dilihat oleh pemburu.

3. Jika usianya semakin bertambah semakin berkurang rasa tamak terhadap dirinya sendiri.

Semakin banyak ia memperbanyakkan amalan soleh sebagai bekalan di akhirat kelak. Semakin banyak hartanya, dia menjadi semakin dermawan dan bermurah hati pada yang lain.

4. Semakin bertambah kedudukan sosialnya, ia menjadi semakin dekat dengan orang-orang lain.

Ia menjadi semakin ramah, rendah hati , pandai menghormati orang yang lebih tua daripadanya serta mengambil hati keluarga besar di sekelilingnya.


Ini semua hanyalah cubaan ... bagi yang berjaya menghadapi cubaan tersebut dengan baik sehingga mereka menemui kebahagiaan. sementara sebahagian besar yang lain gagal menghadapinya sehingga mereka menjalani hidup dengan tidak ada ketenangan jiwa dan penuh sengsara.

Sana'a, Yemen - REVISITED

Sana'a, Yemen - REVISITED
Assalamu'alaikum wr wb

1. RAMBLING IN SANA'A YEMEN

Again, I was in Sana'a, Yemen from 15th March - 22nd March, 2010. That was my third trip in 2 1/2 years to Yemen. As always, Sana'a has a fair weather as it is located more than 2,000 feet above sea level. The weather was around 19C daytime and 15C nightime.

Most people would not believe that Sana'a is rather cold even though it is located in arid mountains via the vast desert of Arab Peninsular. As usual, I was there on official matters and sometimes I got a short break to continue my rambling as a traveller that seeks for something new and interesting. I love history, humanity and nature, so my footsteps will leads me towards my interests.

2. DVD FILMING

I waited for the right time to film Bab Al Yemen and all the interesting things inside it. Babul Yemen or The Old City of Yemen has stood there for more than 2,000 years and nothing much has changed over the centuries. There are thousands of historical buildings inside it. I believe that this is the oldest ancient city that is still being inhibited in this world. Damascus, Syria is a different story since Damascus is 'The Oldest Continuously Inhibited City in The World'. I took my chance right with my Sony HD DVD Recorder.

3. BABUL YEMEN

-3rd Mosque in Islam
-Kaabah Abrahah
-Jambia Arab Knife

4. SANA'A CITY

-Chewing Qat
-The Crave for Mango
-Unique Dress of Sana'aain

(to be continued)

Madu Lebah.. 'Emas' Yemen.



Wadi Du'an Honey in Yemen
Assalamu'alaikum wr wb

Sejak dari tahun 2007, saya telah 3 kali berkunjung ke negara Yemen. Negara miskin, tetapi kaya dengan madu lebah nya. Hairan, kotak-kotak sarang lebah diletak di tepi padang pasir, ada pula lebah yang datang. Rumput sehelai dua nak dicari pun susah, mana pula lebah Yemen mendapat madu dari bunga padang pasir..?? Tempat madu terkenal di Yemen adalah di selatan... iaitu di Wadi Du'an, dulu nya di dalam negara Yemen Selatan, atau lebih tepat lagi, kawasan Hadhramout.. Ramai Syed Malaysia dan keturunan Melayu Arab asal dari sini..

Wadi Du'an in Hadhra mout, Yemen produced the most expensive honey in the world. The quality is exceptional. You can find special outlets in Sana'a, Yemen that sells honey from South of Yemen, i.e Wadi Du'an. I did took several pictures of the outlets that I will upload later. In the meanwhile, I have some Islamic facts about honey to share here;




Allah S.W.T. telah menciptakan sekalian makhluk-Nya dan memudahkan untuk mereka barang yang diperlukan mereka untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Allah S.W.T. telah menciptakan sejenis serangga yang dipanggil lebah. Madunya mempunyai berbagai-bagai manfaat dan penyembuh bagi keharmonian dan kebahagian hidup manusia.

Di dalam Al-Quran pada surah "An-Nahl" (lebah) telah menceritakan tentang kewujudan lebah madu. Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam ayat 68-69 surah "An-Nahl" yang bermaksud :

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.

Dalam surah tersebut juga Allah S.W.T. telah menerangkan bahawa madu juga boleh dijadikan ubat kepada manusia selain dijadikan makanan. Ayat 68-69 ini juga dinamakan ayat "syifa" iaitu ayat penyembuh.

Lebah juga sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir Dinasti Pertama pada tahun 300 sebelum masihi. Beliau menggunakan lebah sebagai manisan dan dijadikan mata wang serta lambang sejarah.

Di Sepanyol pula telah dijumpai batu bersurat pada sebelum masihi yang terdapat lukisan yang nenunjukkan pencari lebah memanjat batu-batu besar bagi memungut madu. Banyak lagi penemuan lain yang telah dijumpai yang menggambarkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lebah dan madu pada tahun sebelum masihi seperti pada Zaman Tamadun Parsi, Greek, Rom dan sebagainya.

Di Asia Tenggara sehingga ke hari ini belum ada penemuan sejarah membuktikan bahawa masyarakat zaman sebelum masihi menjalankan usaha mendapatkan madu daripada lebah. Lebah Madu merupakan serangga yang penting dalam proses pendebungaan pokok. Ia amat berfaedah pada keseluruhan masa hidupnya dan dalam masa satu hari, ia akan melawati bunga-bunga dan menyebarkan debunga dengan banyaknya.

Kitaran Hidup Lebah

Empat peringkat pertumbuhan lebah:

Telur
Larva
Pupa
Dewasa



Kini sarang lebah tiruan yang dibuat dari tanah liat dan menyerupai sarang lebah yang terdapat di lubang-lubang pokok semakin popular semula.



Madu Yemen paling pekat di dunia kerana viscosity nya paling baik, ini kerana kandungan air yang amat sedikit akibat panas kering padang pasir... sebenar benar pati..



Kotak nampak plywood saja... tetapi hasil nya menakjubkan..

Madu Yemen sebesar bekas rojak 'Mak Bee 500ml' dijual dengan harga RM300-RM1,500.00 di Kuala Lumpur. Itu merupakan penambahan harga sebanyak 300-400% dari harga asal di Sana'a, Yemen.

DAHAGI SINGAPURA

DAHAGI SINGAPURA. KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjad...