Wednesday, March 02, 2011

Maksiat Dan Cara-Cara Meninggalkannya


Maksiat Dan Cara-Cara Meninggalkannya 

Sampaikan dariku walaupun satu ayat – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Tarmizi.

Assalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan RasulNya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (iaitu maksiat dalam rangkaian yang berantai berkait dengan tujuh lapisan dalam diri manusia) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar) dan ikhlas kerana Allah Taala dalam memantaunya.



Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya  : Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.

Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya : 
Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya. Petikan dari Hadis  Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.

Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar. 
Petikan dari Surah An-Nur Ayat 24 Firman Allah S.W.T yang berbunyi;





Maksudnya : Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).

dan disokong Petikan dari Surah Yassin Ayat 65 yang berbunyi;



Maksudnya : Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).

1) Menjaga Mata
Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain dan macam-maca ada.

Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban/kejahatan orang lain dengan sengaja atau bergurau.

Rasulullah S.A.W. bersabda : 
Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat.

3) Menjaga lidah
Lidah adalah anggota yang paling berkesan bersembunyi dalam diri manusia ianya lebih tajam daripada sebilah pedang sekiranya disalah gunakan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api Neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

sepertimana Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya : 
Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api Neraka selama tujuh puluh tahun diakhirat – Petikan dari Hadis Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar(berdebat) membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan meskipun perkataan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.


4) Menjaga perut
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal. Sesungguhnya yang sedap itulah yang membawa penyakit kepada manusia yang tidak bersyukur.

5) Menjaga Kemaluan
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah. Petikan dari Surah Al-Mukmin Ayat 5 dan 6 dalam Firman Allah S.W.T.  yang berbunyi.



Maksudnya : Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela. 

6) Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7) Menjaga Dua Kaki
Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim. Petikan dari Surah Hud Ayat 13 dalam Firman Allah S.W.T. yang berbunyi;





Maksudnya : Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api Neraka. 

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur) terhadap nikmat yang diberikanNya kepada kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang maksudnya : 
Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat) – Petikan dari Hadis Riwayat At Tirmizi.

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. 
Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W. – Petikan dari Hadis Riwayat Imam Malik.

No comments:

Post a Comment

DAHAGI SINGAPURA

DAHAGI SINGAPURA. KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjad...