Apakah GCR (Gantian Cuti Rehat)
APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
BILA BERKUATKUASA?
SIAPA YANG LAYAK?
SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?
FORMULA PENGIRAAN
JABATAN MANA YANG MELULUSKAN?
DARI MANAKAH PERUNTUKAN GCR DIBAYAR?
BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
- Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan
- Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.
- Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.
- Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.
- Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am Bab C.
- Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.
- Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan 'Award' Gantian Cuti Rehat ini.
- Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, di dalam kenyataan cuti dan rekod perkhidmatan anggota berkenaan.
- Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul.
- Bayaran 'award' kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah tanggungan Kerajaan Persekutuan dari Kumpulan Wang Disatukan.
- Jika gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, bayaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa masing-masing (Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan).
- Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
- pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara, dan
- bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.
- 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
- 1 salinan kenyataan cuti
- 2 salinan penyata kiraan cuti
- 1 salinan kad pengenalan
- 1 salinan surat permohonan pesara/waris.
- Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.