Sunday, April 24, 2011

Melayu Ciplak 'Cut & Paste’



Melayu di Tanah Arab
Berpakaian jubah  thoube Arab
Sesama Melayu pun nak bercakap Arab
Berbudaya  juga dah sebijik macam Pak Arab
Menghisap Shisha juga pulun habis gaya Pak  Arab
Makan dan minum pun dah serupa sebijik macam  Arab
Tidak ada nilai bangsa dan adat Melayu yang tinggal tergarap…

Lahir diBumi Wahyu
..dan Muka macam Melayu
Malah  mengaku diri pun Melayu
Nak cari bini  Arab, mahal nya terlalu
Balik Malaysia cari juga bini anak Melayu
Berpakaian nya Arab, berkenduri nya Melayu!
Kalau ditanya, mungkin, malu hendak berbaju Melayu!

Entah kenal atau tidak mereka ini akan asal usul nya
..konon perlu ikut cara Arab, kalau tak mahu di tindas nya 
Padahal Arab hormati  bangsa yang  bangga dengan budaya nya
Arab sama sekali tak suka menciplak budaya orang menjadi budaya nya
Namun, orang  kita, ibarat biawak ‘Chameleon’ yang bisa merubah warna nya
Hijau rumput, hijau lah kulit nya, biru dinding, biru lah dia, seperti  warna persekitaran nya
Namun begitu, biawak ‘chameleon’ itu jangan lupa, kalau dah biawak, biawak lah asal usul nya!!

(India di Tanah Arab kekal India nya)
(Berpakaian masih khurta pusaka nya)
(Menghisap Shisha itu bukan dari budaya nya)
(Sesama bangsa nya tetap lah bahasa  Urdu /Tamil nya)
(Aku yakin bangsa India ini boleh kekal sehingga akhir nya)
(Nilai bangsa nya terpatri kukuh di dalam diri anak bangsa nya!)


Hasil nukilan: Ahmad Al Qadah
Pada:  24 April, 2011.. Jeddah, Arab Saudi. 

No comments:

Post a Comment