Thursday, January 30, 2014

Haj in year 2007

Alhamdulillah... performed haj.


Teringin untuk bersama Ayah ku mengerjakan Umrah semasa berkhidmat di Tanah Suci dari 2007-2011. Tapi apakan daya, Ayah ku kembali ke Rahmatullah pada Selasa 15 Julai, 2008. Memang Ayah ku berhasrat mengunjungi ku di sana... Pada ketika Ayah ku meninggal dunia, aku berada di dalam penerbangan Saudi Airlines dari Jeddah ke Kaherah untuk melaksanakan satu misi jualan/pameran pelancongan di Mesir.



Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah aku bergegas untuk mendapatkan clearance paspot di kaunter imigresen yang penuh sesak dan seterus nya mendapatkan beg aku yang baru keluar di belting bagasi. Setiba di luar lapanganterbang, cuaca panas bercampur angin dingin sungguh nyaman pada jam 9.00am waktu Cairo (Malaysia jam 3.00pm). Sebaik saja aku menghidupkan telefon bimbit ku, aku berasa pelik apabila tetiba begitu banyak sekali sms yang masuk dari Malaysia. Belum sempat aku membelek sms yang masuk bertalu talu, tetiba panggilan dari isteri ku tiba, aku berasa sesuatu yang buruk telah berlaku.

Kata isteri ku, : Assalamu'alaikum.. Abang... tahu tak lagi pasal Ayah?". Aku terus menjadi sebak dan menjawab "Wa'alaikumussalam.. Tak tau.. sebab apa dengan Ayah??". Jawab isteri ku, "Ayah dah tak ada, Ayah jatuh di Istana Anak Bukit sebentar tadi dalam jam 2pm lebih". 

Aku merasa kan jam berhenti bergerak pada waktu itu, dada ku menjadi ketat walau pun aku bernafas dengan kencang... sedang orang ramai berpusu pusu di luar lapangan terbang itu... aku dah tak menghirau kan semua itu. Fikiran ku mula berpusing-pusing dan bercelaru... Bagaimana aku nak cari tiket balik ke Malaysia... bagaimana aku nak aturkan penerbangan anak isteri ku dari Jeddah secara tiba-tiba begini, tiket susah didapati.. ini bukan tiket bas UTC..

Aku baru saja tiba di Kaherah. Buntu fikiran ku...Tugasan yang nak aku mulakan pun belum sempat dilaksana... aku belum puas bersama Ayah ku.. sebab aku selalu jauh dari nya.. sejak kecil aku dipelihara nenek dan datuk ku, kemudian belajar di sekolah asrama, seterus nya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan bila balik ke Malaysia pun, aku sering bekerja jauh dari keluarga. 

Macam-macam yang berlaku yang menyebabkan aku menjadi jauh dari Ayah ku sebenar nya.. aku tidak mahu berkongsi mengenai kisah itu. Cuma satu, pernah Ayah ku terkejut besar apabila dia akhir nya tahu bahawa seorang ahli forum alam maya yang bergelar GDB atau sebelum nya 'Geng Dato Basri' dan banyak membela nya semasa penggantungan oleh FAM ada lah aku sebenar nya.. Rupa nya berguna jugak lah anak ini kepada Ayah nya...

Berbalik kepada cerita di lapangan terbang Kaherah, sebaik mendapat berita amat sedih itu. Aku maklumkan kepada rakan sekerja ku yang bersama tiba di Kaherah, "Sheikh, Ayah ana meninggal.." Tanpa berlenggah, beliau telah menghubungi kenalan nya di pelbagai syarikat penerbangan untuk aturkan penerbangan aku balik ke Malaysia dengan seberapa segera. Namun aku hanya mampu tiba di Malaysia pada sebelah malam hari Rabu. 

Ayah ku telah pun selamat dikebumikan pada tengahari hari Rabu 16 Julai, 2008. 100 hari sebelum nya, nenek yang membela ku sejak umur 6 bulan sehingga dewasa juga meninggal dunia dan aku juga tidak sempat bersama nya di hari pengkebumian kerana nenek ku meninggal dunia sebaik saja aku berlepas ke Jeddah dari KLIA. Sama juga situasi nya, aku hanya tahu berita sedih itu sebaik saja tiba di Lapangan terbang antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah...

Mungkin sudah nasib ku begitu. Ketika Tok Wan yang memelihara aku meninggal di tahun 1987 juga aku berada di Bridgeport, USA melanjutkan pelajaran. Semua ketiga tiga orang penting dalam hidup aku, tidak sempat aku tatap wajah mereka buat kali terakhir.. tak sempat aku turut memandikan jenazah, solat kan jenazah, angkat jenazah dan kebumikan.. tak sempat aku mencium dahi mereka buat kali terakhir...Semoga Allah swt merahmati mereka.. damai lah di sana.. sehingga aku mencari kalian di akhirat nanti. Ya Allah, mati kan lah aku sebagai hamba mu yang beriman satu hari nanti agar aku dapat mencari dan membantu Tok Wan, Tok, Ayah ku, anak-anak, isteri ku, saudara mara dan kawan kawan ku di sana...

1 comment:

  1. IDENTIFYING GOD"S RELIGION?

    Are numbers of the membership of a Christian denomination or of a non-Christian religion a valid indicator of identifying God's true religion? No, they are not.

    NUMBERS

    1. Islam 1.3 billion.
    2. Catholics 1.2 billion.
    3. Hinduism 828 million.
    4. Those who identify themselves as Christian, other than Catholic, 1 billion.
    5. Baptist 110 million.
    6. Buddhism 364 million.

    Identifying the Lord's church is not predicated on the number of members of a group or church.

    There are 7 billion people in the world.

    Matthew 7:13-14 "Enter by the narrow gate; for wide is the gate and broad is the way that leads to destruction, and there are many who go in by it. 14 "Because narrow is the gate and difficult is the way which leads to to life, and there are few who find it.

    TERMS OF PARDON TO ENTER THE NARROW GATE.

    1. Faith: John 3:16, John 8:24
    2. Repentance: Acts 3:19
    3. Confession: Romans 10:9,10
    4 Water Immersion: Acts 2:38, Mark 16:16, 1 Peter 3:21

    YOU INVITED TO FOLLOW MY BLOG. http://steve-finnell.blogspot.com

    ReplyDelete

DAHAGI SINGAPURA

DAHAGI SINGAPURA. KENAPA penentangan terhadap penjajahan  dikatakan PEMBERONTAKAN? Paling mengecewakan apabila Melayu dan orang Islam menjad...